Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Papan jati dibuat balai,Tuang anggur di atas cawan;Hilang nyawa badan bercerai,Tidak ku lupa kasai mu tuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak kucing di atas kota,Makan ikan dalam kuali;Tuan dibanding cincin permata,Sebagai intan payah dicari.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Besar ombak kuala pekan,Selasih jatuh melayang;Tuan cakap yang ya bukan,Ada kah kasih orang tak sayang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Bunga melur cempaka biru,Bunga rampai di dalam puan.Tujuh malam, saya merindu,Belum sampai padamu tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik Nia saudara empat,Sampai pasar beli kacang;Saya bertanya dengan makrifat,Asal budi di mana datang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Kain Siam putih melepak,Pakaian anak Raja Bugis;Kalau diamkan kuasa ombak,Tentu daratan menjadi habis.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Apa sesal kepada tudung,Tudung sudah terendak bantan;Apa disesal kepada untung,Untung sudah pemintak badan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berenam pergi kuala,Nampak belalang panjang kakinya;Dendam berasa rindu menyala,Alam terbakar dengan apinya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Dari Gangsa pergi ke Kubung,Singgah ke Tualang merentang tali;Putus benang boleh disambung,Patah arang putus sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Tampak api di tanjung tuan,Kuala linggi bakaunya rendah;Harap hati kepadamu tuan,Langit yang tinggi dipandang rendah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya-illahi tuhanku rabbi,Lepaskan kuda dari tambangan;Jika tuan hati berani,Jangan diadu berpandangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jin menderam dalam gua,Suaranya sampai ke Bukit Peringgi;Mengidam rasa nak makan buah,Buah tergantung di pohon tinggi.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Asal kapas menjadi benang,Asal benang menjadi kain;Yang lepas jangan dikenang,Sudah menjadi orang lain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pelanduk di atas batu,Sedang makan putik sengkuang;Duduk-duduk singkapkan baju,Hendak menengok panau berturang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok kayu diikat hang,Hendak tembak babi berantai;Tembak rusa kijang tercengang,Kena napuh mati terkulai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Todak bernama batang semilu,Tukang melarik tali rotan;Kalau musim buah tak tentu,Habis gugur di tengah medan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang arab berlayar ke bentan,Anak harimau di balik tiang;Saya harap cahaya intan,Bintang timur pengarak siang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Monyet Andoman anak Daywi,Lama terbuang ke dalam hutan;Sepokok dua pokok gunung Langkawi,Susahnya terlalu bukan buatan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pertama orang yang berbangsa,Keduanya ada ribu dan laksa,Ketiga menjelas dan manis muka,Keempat ada budi dan bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Orang berarak dari seberang,Getah merbuk pagar Che Dollah;Alangkah sakit berdendam seorang,Bagai menepuk tangan sebelah.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Siap kalau ada rasa orang mau berbagi,Bunga memang dikau itu pelipur lara,Mampus beta punya hati dikoyak sepi,Teguk sempitnya hari beta kawan derita.
Wikisource (CC BY-SA)Lepas kumbang pagi pagi,Kumbang hijau membawa tali;Lepaskan saya biar pergi,Kalau hidup balik kemari.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Hilir berderap mudik berderap,Patah galah di dalam perahu;Sungguh laksana bunga dedap,Cantik merah tidak berbau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayur labu tumis hangit,Beri makan orang seberang;Ratus ribu bintang di langit,Bulan juga membuat terang.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Sekuntum bunga warnanya kembang,Turun di taman baharu dipetik,Sungguh bercahaya sekalian bintang,Adakah sama bintang pelantik?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belalang kodek-kodek,Mari kodek atas papan;Kalau bertemu sama molek,Gelak ingka baharulah padan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ambil getah menggetah punai,Punai terbang mengirai bulu;Hampir kering air di sungai,Menanti hujan dari hulu.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Jung tuju lancang Sembilan,Singgah berlabuh puluh bayam;Emas tuju mutu Sembilan,Berat setahil tinggal semayam.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang menjala di dalam teluk,Dapat seekor anak ikan;Gagah tuan janganlah ditunjuk,Tuan tak pernah masuk ke medan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di bawah rumah,Ditunda dengan pisau raut;Hati kasih berasa punah,Bagai air cucur ke laut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mengail yu dapat setoka,Mari digulai rampai-rampai;Teras gaharu sudah puaka,Sukat dipuja baharu dipakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sekoci perahu Melayu,Bawak ayam bulunya balik;Dalam sekodi pilai sekayu,Jumpa selai cinday yang baik.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Orang berkampung dari hulu,Tanam kelapa berata rata;Senang susah ku tanggung dulu,Pada siapa mahu berkata.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Buah jering di atas para,Diambil budak sambil berlari;Hingga kering lautan melaka,Baharulah saya mungkir janji.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari-hari masuk ke hutan,Potong rumput di tepi perigi;Asyek pungguk kepada bulan,Bulan dikawal si rajawali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga melur bersusun-susun,Pakai anak raja-raja;Emas juita timbangan ingsun,Kasih di hati bagai sengaja.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Rebus ketupat bertalu talu,Sayang sebijik banyak isinya;Kita bersobat jangan terlalu,Belum tahu hati budinya.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kain beludu rupanya sama,Orang berkawan turun perahu;Bermain tipu tak berapa lama,Lambat-laun tentulah tahu.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Hendak hilir ke bandar ikan,Singgah berhenti ke bandar selimin;Terjamahlah adik yang bukan-bukan,Orang banyak bertadah amin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah langsat kuning mencelah,senduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.
Wikisource (CC BY-SA)Bertanak segantang mentah,Buat bekal pergi ke rimba;Pinjami saya tabung getah,Penggetah burung baharu tiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padang terkukur padang jarak,Temuncut rumput panjang pandak;Jahat bertabur suku duit tidak,Sebab menumpuk sial pelak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak dara dua sepasang,Pakai baju, pakai kerongsang;Sebiji nenas, sebiji pisang,Belum tahu rezeki musang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padi muda jangan dilurut,Kalau lurut patah batangnya;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut pada datangnya.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Inche Siti sembahyang kubur,Singgah menetak kayu sena;Sungguh tinggi pucuk telanjur,Akarnya tidak jejak di tanah.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Batil perak batil suasa,Batil di acih saya hempaskan;Hujan turun bagai senjata,Kekasih tidak saya lepaskan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tidak disangka menimbul batang,Batang pauh batang tenggelam;Tidak disangka tuan kan datang,Tempat jauh bulanpun kelam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Punai jantan terbang sekawan,Sangka tidak kembali lagi;Tuan seumpama kain kapan,Hancur tidak berganti lagi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Saya tidak pandai menari,Sebarang tari saya tarikan;Saya tidak pandai menyanyi,Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya Galuh Raden dipinang,Tempat raja dari Patani;Tuan sepantun si pohon pisang,Kawannya banyak kanan dan kiri.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pergi ke telaga batu,Tempat kongkang berulang mandi;Ada masa ketika waktu,Barang tak sangka kadang menjadi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Orang Barat pergi mencangkul,Singgah bertetak batang langundi;Barang berat biarku pikul,Saya tak mahu terhutang budi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Terbit bulan dari barat,Nampak dari Pulau Siantan;Perahu sudah muatan sarat,Tunggu angin kita layarkan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Tetak buluh membuat panah,Hendak panah kuda berlari;Saya umpama burung cok tanah,Tidak boleh terbang tinggi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jin besar turun bertapa,Makan sehari segantang padi;Anak sungai kalau ku-tuba,Lotong siamang jatuh mati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak pipit anak enggang,Makan umbut mensiang-siang;Bangun adik wahai sayang,Hari sudah berderang siang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah bacang buah kuini,Peram mari dalam tempayan;Boleh jadi sampai begini,Tuan juga tunjukkan jalan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Terbang di laut di hujung karang,burung nasur terbang ke Padang,Dari dahulu sampai sekarang,banyak muda sudah kupandang.
Wikisource (CC BY-SA)Orang seberang masak sayur,Rasa tawar ditaruh garam;Kalau bernumpang perahu jalur,Salah sikit dibawa karam.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Inche Ali anak che Asan,Hendak gulai kambing pekan;Ayuh adik abang berpesan,Santan mabuk jangan dimakan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)