Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Kupu-kupu terbang melintang,terbang di laut di hujung karang,Hati di dalam menaruh bimbang,dari dahulu sampai sekarang.
Wikisource (CC BY-SA)Radin Galoh pergi bertapa,Tapanya cukup seratus hari;Rosak melur kerana cempaka,Hilang di mana saya nak cari.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Beli ragi membuat tapai,Bertamu kop baharu masak;Dengki busuk jahat perangai,Belikat panjang segan bergerak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun kadok lebat dahannya,Ke kampung Cina beli kelapa;Di mana duduk lekat baunya,Hati mana boleh nak lupa.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Terketik bagai udang di tangguk,Terlompat-lompat tertepuk-tepuk;Tiada sedar kaki cabuk,Diurung bebari habis merebuk.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Limau manis dari hulu,Dibuat lengkongan dulang;Hitam manis bangun dahulu,Kapurkan sirih, abang nak pulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Panah burung bawah pelepah,Jatuh ke padang hutan selasih;Tuan laksana tanah bertuah,Di tebok digali dapatlah bijih.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak Melaka pandai berkata,Pandai mengumpat semua orang;Langkah sedepa buat sehasta,Asalkan kita selamat seberang.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Masuk hutan bawa senapang,Hendak bedil anak beruang;Encik laksana binatang kongkang,Kepala ditunduk celah kangkang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sedap kundur sayur dan labu,Mana sama dengannya betik?Sedap tidur di dalam kelambu,Mana sama di pangkuan adik?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal masuk berderap-derap,Anak Cina turunkan payung;Bunga di pokok jangan diharap,Tentu tak lama dia bergantung.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Buluh betung batang berduri,Dibuat lantai gelegar pengapit;Ibarat seperti burung kedidi,Di mana pantai tercunggit-cunggit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Potong akar tepi teluk,Hendak membuat bingkai pasu;Air berputar jangan mencebuk,Puaka besar duduk menunggu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir berakit berkajang kain,Mana teluk, mana ditimba;Alang sakit mencari lain,Mana duduk, mana bercinta.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tikus melata di tangkai padi,Habis padi makan menikai;Suci ikhlas di dalam hati,Sekat mati, baharu bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berkuda ke beranang,Dipacunya ke semantan;Hidupkan kera dan siamang,Akan pemanjat manggis di hutan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Baru beli di kedai Cina,Kain celeh dibuat cukin;Kita hidup di dalam dunia,Tidak pilih kaya miskin.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Banyak kuda benua Keling,Raja Burma pangku puan;Banyak muda sudah ku banding,Tidak sama muda mutuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berburu di hutan baling,Mati rusa di kampung jawa;Laksana duri di dalam daging,Bila tersentuh terasa jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Beringin di tepi pulau,Tambatan ayam tedung jalak;Hati ingin memandang pulau,Perahu ada, kemudi tidak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari seberang pergi ke Kampar,Lopak-lopak berisi gula;Sedangku larang selalu kutampar,Lupa-lupa dibuat semula.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Burung gagak terbang menderu,Singgah hinggap di hutan tarum;Malim pekak, kapitan bisu,Di tengah laut dibuang perum.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Senapang peluru timah,Orang menembak pipit di dahan;Abang baharu nak beramah,Salahnya sedikit berjauhan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari pauh singgah pematang,Singgah merapat papan kemudi;Dari jauh sahaya datang,Karena tuan baik budi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ke tasek ke inderagiri,Singgah bermalam di tepi pantai;Pinjami saya lesung seguri,Akan penumbuk emping bertangkai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa ijuh di dalam perigi,Kaca di dalam peripuan;Tidur mengiguh semalam tadi,Bantal peluk disangka tuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pecah ombak di laut kelong,Sarat kapal beting Selangor;Emas tuju permata selong,Panca warna bintang timur.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak pipit mati terhimpit,Mati disingat kumbang hijau;Makan sirih pingang digigit,Nak membelah tidak berpisau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bergendang lagu melaka,Kulit kaki umpan tenggiri;Tak faedah bermain mata,Buat sakit hati sendiri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ayam turun sepuluh,Mati seekor tinggal sembilan;Melihat kapal beralih labuh,Di laut pulau sembilan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk hutan cari gading,Sembilan tahun sembilan bulan;Kalau tak ikan dan daging,Sebarang daun tidak tertelan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Labah di ranting hinggap di alang,Tumpah menangis berbasah kain;Cuba dibanding langsat Palembang,Rupa pun manis rasa pun lain.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Sirih sekapur lenggang cek Kobat,Singgah ke Deli beli cempa;Sudah terkenang budinya sahabat,Seumpama bumi digoyang gempa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berkawan ke semabok,Titi jambatan dari ulu;Bagaimana cendawan tak mabuk,Salah batang dia bertumbuh.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Umpan mengail bulu ayam,Dapat seekor anak kerisi;Berat setahil tinggal semayam,Hilang dimakan karat besi.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Selasih di tepi tubir,Tanam bedara tepi perigi;Kasih tuan di luar bibir,Tidak mesera ke dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Yamtuan Sultan mudik ke hilir,Mencharindra wasai burung di awan;Emas setahil intan dipilai,Cahayanya seperti kingkap berawan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Lang terbang tinggi merawan,Cari makan di atas bukit;Alang-alang kalau berkawan,Duduk seorang hati tak sakit.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Tetak kayu membuang duri,Pikul rambai berkati-kati;Sudah tiada di dalam diri,Sahabat handai jauh sekali.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Sembilan belas hari rejangnya halipan,Halipan beranak di dalam padi;Tuan seumpama si kain kapan,Buruk tidak dapat diganti.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Banyak pacat terjengkau-jengkau,Keluar di rumput tanah merekah;Buah muda tampak kerau,Bukan mudah hendak dicikah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah memerun baharu menukal,Hendak menanam padi huma;Saya umpama benang setukal,Putus satu rosak semua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Puas sudah kutanam padi,nenas juga dimakan orang;Puas sudah kutanam budi,emas juga dipandang orang.
Wikisource (CC BY-SA)Anjing terlepas mengejar kucing,Sayang selasih tepi telaga;Tujuh lapis pintu terkancing,Kalau kasih terbuka juga.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berkeris di kampung cina,Anak raja turun melawan;Tuan harap ku tumpang bertanya,Berapa macam jadi cendawan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tetak tebu berjari-jari,Dikupas-kupas belah empat;Dua tiga dapat dicari,Penghibur hati susah dapat.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Singapura negeri baharu,Tuan raffles menjadi raja;Bunga melur, cempaka biru,Kembang sekuntum di mulut naga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak balam di atas panggung,Kalau tuan ke Bandar Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Sekalian burung sahaya berpesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pertama teluk kedua pantai,Ketiga dengan jamban di hulu;Pertama elok kedua pandai,Ketiga baik bangsa penghulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Inche Siti tidur di langkan,Bangun pagi lalu bersunam;Ayam dipotong tidak termakan,Gajah mati tuan menderam.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Rumah rungkup, hujan tempias,Basah kuyup kain sutera;Kalau janda, pandai berhias,Terlebih pada anak dara.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebab banyaklah isinya,Maka ditanam dalam-dalam;Sebab banyaklah budinya,Maka dikenang siang-malam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tuan sendiri jalan ke laman,Pasang pelita Jumaat pagi;Senget ke kiri timbang di kanan,Asalkan kita selamat pergi.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Selasih harum di kayu mati,Anak gagak makan padi;Kasih belum cinta sebati,Apa kehendak tiada menjadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ubur ubur tepi keramat,Budak budak menganyam rombong;Kalau kita bercampur sangat,Dunia kata kita sombong.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Hilang dadu kerana dadih,Dadih bercampur dengan nila;Hilang malu kerana kasih,Rindu hati bercampur gila.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batang dedap bertiang pasar,Batang sauh dikorek kumbang;Angin tidak gelombang besar,Sauh tak dapat boleh dibuang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Kain bertampal berampai-rampai,Koyak selalu sebelah kiri;Mencari akal dengan pandai,Supaya mahu jaga negeri.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Sapi memakan buah salak,Habis lumat kulit bijinya;Api neraka memanglah galak,Makhluk yang mana ingat dirinya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Buah tasbih buah cemperai,Permainan anak raja perlak;Air meleleh hilir berderai,Turun bertakung di dalam lopak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)