Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Laksamana memanah lontar,Kurang satu empat puluh;Tujuh malam mayat terlantar,Menanti kain membekas tubuh.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Buah masak tiga setangkai,Hendak capai tangan tak sampai;Baik kita taruh sigai,Kalau tinggal dimakan tupai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Sayang durian di atas bukit,Mari dibelah ambil pangsanya;Tuan tahu berhati sakit,Kata orang apa rasanya?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAgama

Perempuan sembahyang pakai telekung,Sembahyang dengan dua beradik;Kasih sebagai hujan bertakung,Akhir jadi jentik-jentik.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Orang cina berjual kayu,Orang keling berjual kain;Bagaimana bunga tak layu?Embun menitik ke tempat lain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Cik hassan memotong akar,Sayang keduduk baharu berbunga;Saya laksana durian mangkar,Dibuat lempuk baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung merpati di atas kota,Terbang menghinggap di hujung balai;Api neraka ditentang nyata,Siapa tak beriman hilanglah pandai.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kerkap-kerkup bunyi ditutup,Kunci pintu malam-malam;Lautan hijau siapa mencelup?Duri di hutan siapa pertajam?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Paya melompat orang berpimpin,Singgah menetak beringin layu;Kaya bersahabat dengan miskin,Sahabat sebagai angin yang lalu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Sirih kuning dari seberang,Hanyut kiambang berderai-derai;Tuan jangan berhati curang,Kasih kelak akan bercerai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Saya semilet di tara puan,Letak mari di hutan gedung;Kalau tak tahu pilai durian,Kerap terkena buah kedondong.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pucuk pinang mestika pinang,Anak udang terlata lata;Duduk bimbang berdiri bimbang,Anak orang di mata mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Pulut hitam makan berkuah,Makan di atas permaidani;Encik hitam orang bertuah,Hambat ayam tidak bertali.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dengarlah nyonya, dengarlah cik,Kita bersoal cerita dahulu kala;Baba peranakan salin dari kocek,Ow Liat Kok Chee nama-nya cerita dahulu-kala.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Budi & Jasa

Tanam lenggudi tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati;Budi tuan saya tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak buaya di dalam alur,Mari ditikam dengan taji;Banyaklah akal bintang timur,Bulan dah dapat di matahari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sembur ke luar berembus-rembus,Habis merecik kain tilam;Parang tumpul baik digabus,Sungguh tak kilat, matanya tajam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pucuk si pisang angsi,Tarahan lesung merbau rendah;Perahu terbentuk nakhoda mati,Sampai begini dendam tak sudah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Helang ponggok helang berikan,Tidur siang berjaga malam;Sungguh diunjuk tidak diberikan,Tepat di luar rencong di dalam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Permata jatuh di dalam rumput,Jatuh di rumput gilang-gemilang;Kasih umpama embun di rumput,Datang matahari nescaya hilang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Layu bernama bunga sena,Orang bertandang dalam perahu;Sudah nasib hendak terkena,Malangan badan mana lah tahu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pecah pekapur cik maalim,Pecah ditimpa tudung kudai;Astaghafirullah al-azim,Yang disumpul sudah terungkai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Suka jembalang sehari-hari,Datang bermain di pangkal kayu;Sudah hilang mana hendak cari,Badan pun kurus menjadi layu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Banyak lintah di paya paku,Lalu lembu berkawan kawan;Bunga didetak sunting tuanku,Bau meradu di kaki awan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke bendang,Baju merah baharu dijahit;Tuan laksana timun dendang,Di luar merah di dalam pahit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bulan terang di tengah paya,Tali ramai di dalam dulang;Tidak orang sebagai saya,Duduk ramai karam seorang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kutip-kutip pucuk beluntas,Mari taruh atas para;Terbit tunas jangan gentas,Pohonnya kelak beroleh cedera.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Suka duduk mencucuk atap,Orang Daik ke Sungai Putat;Nama yang jahat cuma sekejap,Nama yang baik terlalu lambat.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Ilir mulik kayu gelam,Kermalok tepi pantai;Baunya merbak seputar alam,Baharulah elok saya terpakai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Tanglung tergantung di Tanjung Jati,Sayang tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tuju belas hari bulan rejang Lang,Lang menyambar di tengah laman;Jangan tuan berhati bimbang,Kasih berahi berbantal lengan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Andoman membelah bukit,Cari ubat Seri Rama;Jikalau tidak kenang sedikit,Rasa nak mati bersama-sama.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ada gula adalah semut,Gula berisi di dalam dulang;Orang dunia banyak mulut,Siapa miskin dicela orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sianggit paku lembayung,Gelenggang ada dibawa budak;Menangis merengkuh dayung,Hendak pulang beremas tidak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lagi Sebadok mahu ke barat,Nantikan siang terang tanah;Kita hidup di kandung adat,Di kalau mati kandung tanah.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Orang mengail di sungai Pontian,Ikan duri timbul tenggelam;Jikalau dapat intan pilayan,Dihapet pordi permata nilam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Begini baju begitu baju,Baju saya panjang lima;Begini malu begitu malu,Apa yang tiba saya terima.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Puan pakai sepatu,Pakai pula sepatu kilat;Jikalau tuan berhati satu,Saya ini berhati bulat.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Daun selasih dilurut-lurut,Lurut mari tengah hambalan;Kasih sayang mahu diturut,Takut lenyap di tengah jalan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak Cina menjual kipas,Singgalka hulu batu berendam;Ayuh anak lama melepas,Jangan rindu anaklah dendam.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Hari ribut pasang pelita,Sapu tangan membungkus bunga;Abang hidup jangan pelupa,Lucut di tangan kan orang punya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Hindu turun mandi,Mandi mari bulan purnama;Tatkala dulu Adam menjadi,Kita manusia asalnya sama.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Layang layang patah siku,Patah mari tengah padang;Selagi ada panjang umurku,Banyak maksud dapat dipandang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Besar padang bertanah rata,Tempat bermain layang layang;Ketika dendam tentang di mata,Mungkin lama bertambah sayang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Rumah gedang pecah delapan,Belum sudah, tukangnya mati;Kiri tedung, kanan lipan,Di mana tempat berserah mati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Limau manis condong ke paya,Boleh buat samperan kain;Mulut manis kepada saya,Hati kasih pada yang lain.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Cantiknya misai bagi di benting,Sayang si Asan anak si Abu Bakar;Tahan di titik tahan di tinting,Tahan di sepuh tahan di bakar.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Terbang sekawan burung belibis,Singgah di hutan mandi di paya;Tuan berbanding di dalam majlis,Cantik manis di mata saya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Banyak orang mengali rengas,Saya mengali ubi basah;Ada orang pandangkan emas,Saya pandang budi dan bahasa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Limau Ielang limau gangsa,Manis dengan biji-bijinya;Tuan seorang yang baik bahasa,Baik dengan hati budinya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Menimba mengilir-ngilir,Timba ikan dalam perahu;Jangan saya disindir-sindir,Saya budak belum tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Berderet-deret berdudun-dudun,Kacau bilau tiada terbilang;Api makan, asap berkelun,Kusang mentong usang barang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Siam bermain tombak,Main mari rumah Che Tahir;Kalau diamkan kuasa ombak,Tentu negeri menjadi air.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pisang emas pisang loyang,Dihantar ke lubang aur;Sarang emas sarang loyang,Mana boleh campur-baur?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada satu dewa pahlawan,Hari petang pulang ke kota;Bukankah langit dikandung awan,Bulan dan bintang mahu serata.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cacak pancang di tengah harus,Hanyut ke beting atas pasirnya;Tuan laksana benda yang halus,Sudah ditinting lahir warnanya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga angsena bunga andani,Kembang bunga di dalam hutan;Abang di sana adik di sini,Baigailah burung bersahut-sahutan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Tebu dimakan, buku ditaruh,Makanan anak muda bangsawan;Bukit berlaga, gunung bertaruh,Ramai bertepuk mambang di awan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Penatlah saya menanam padi,Sayang keladi di pengat juga;Penatlah saya menahan hati,Di dalam hati terkenang juga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah bemban di padang temu,Laksamana berjual lada;Hati dendam tidak bertemu,Rasa belah di dalam dada.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)