Pantun Pelbagai: Daun selasih dilurut-lurut
Daun selasih dilurut-lurut,
Lurut mari tengah hambalan;
Kasih sayang mahu diturut,
Takut lenyap di tengah jalan.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Daun selaseh di lurut lurut,
Lurut mari tengah hambalan;
Kaseh sayang mahu di turut,
Takot lenyap di tengah jalan.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Daun selasih dilurut-lurut | a | 10 suku |
| Lurut mari tengah hambalan | b | 9 suku |
| Kasih sayang mahu diturut | a | 9 suku |
| Takut lenyap di tengah jalan | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.