Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Padi ini padi melaka,Belum direndang berteh dahulu;Hati abang hati celaka,Belum dipandang kasih dahlulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga melur kembang tersusun,Petik mari hujung tangkainya;Datang tuan datang insan,Serta datang atur balainya.
Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri SelatOrang mengintai di celak bedai,Pintu mengadap tengah jalan;Inginku petik bunga setangkai,Takutkan rosak bunga sedahan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kayu teras di atas bukit,Tebang tumbang dibatas tinggi;Buku keras jangan digigit,Patah gigi melupas gusi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jika tidak kapal di gedung,Anak semut mati terasak;Jika tidak nafas di hidung,Nafas di mulut membuang sesak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mati kena gelek,Sudah petang baharu dikapan;Sungguh kecil sampan kolek,Muatan tak sangka dengan badan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pikul oleh budak budak,Pancang dicabut nyiur dipikul;Tuan sempama buah cempedak,Masak ranum monyor dipukul.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Baik bertebu baik tidak,Asalkan ditanam selaranya;Baik bertemu baik tidak,Asalkan didengar suaranya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kembang bunga kembang mawar,Sangkut mari di tepi baju;Racun diminum jadi penwar,Kepala rebah di atas pangku.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Ayuhai Cik Nyonya yang lawa,Tak terbanding barang dua;Bercakap dengan senyum tertawa,Marilah kaseh marilah nyawa.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Anak lang di kayu jati,Turun ke pantai menyambar ikan;Kalau tidak karena mati,Dibelah dada sahaya tunjukkan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Raja Acheh menulis dakwat,Tanglung dipasang Raja Kedah;Hati kasih senang dibuat,Sengsara jantung bukannya mudah.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Seribu burung terbang,Mari hinggap dalam padi;Bila rindu ulang ulang,Baru sedap di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Inche Esa berulam timun,Kulitnya tercampak di luar kota;Tidak gusar angin nak turun,Pedoman ada di tangan kita.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pulau besar jauh ke laut,Singgah sunting bunga senduduk;Sampai janji dengan maut,Kapal besi karam terduduk.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kalau layu saya embunkan,Tanam selasih di sawah padi;Banyak malu boleh ditahan,Malu bercerai baiklah mati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Keris pedang emas semayam,Pakai datuk anak megalor;Di mana kandang adalah ayam,Berjumpa sarang tempat bertelur.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ada pulut bercampur padi,Isi mari dalam dulang;Mana di mulut begitu di hati,Itu menama anak orang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tetak pandan di tepi pagar,Kacang parang bertanam renggang;Kepada tuan saya berkhabar,Tiga perkara permintak dagang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pokok eru kayu di laut,Jatuh ke darat melata-lata;Diseru tidak menyahut,Pandai pula berkata-kata. (10 J.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Kencang angin di laut cina,Arung udang di tepi jambatan;Saya ingin sekuntum bunga,Belum kembang orang petikkan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Imbangan burung imbangan,Turun ke tanah makan padi;Tuan jadi dacing timbangan,Pandai menimbang di dalam hati.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Banyak orang bergelang tangan,Saya seorang bergelang kaki;Banyak orang kata jangan,Saya juga turutkan hati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Teluk tujuh pantai sembilan,Tempat cari siput lokan;Hancur luluh serata badan,Tiada lupa kepada tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nyiur gading lebat setandan,Cukup dihitung cuma sebelas;Kalau dibanding berat badan,Kalau dijunjung ringan kertas.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Sesat ke rimba hutan tasik,Sesat menurut kunang-kunang;Emas perak usulnya cantik,Untung tak dapat apa dikenang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak angsa mati lemas,Mati lemas di air masin;Hilang bahasa kerana emas,Hilang budi kerana miskin.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Temenggung berjalan pagi,Singgah mandi berkain basah;Sungguh burung terbang tinggi,Hidup di ranting mati di getah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari Alang pergi ke Langat,Pesankan senteng dengan sotong;Jikalau buat terlalu sangat,Masing-masing membawa untung.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Buyung di ladang berisi garam,Kapak cina bawa menebas;Terlindung pandang bergeram geram,Entah mana mahu dilepas.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang berpadi di tanah liat,Di Mekah banyak buah pedada,Mayat tiada dapat dilihat,Seperti merekah rasanya dada.
Wikisource (CC BY-SA)Kapal perang angkat teringkit,Singgah berlabuh kuala berma;Tuan lang, saya pipit,Adakah boleh terbang bersama?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rosak pucuk rosaklah dahan,Serta berbunga pucuknya mati;Kerana perut susahkan badan,Kerana jiwa takutkan mati.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak kijang lalu ke hutan,Mati dimakan seekor kala;Serta terpandang rupamu tuan,Hati hancur bertambah gila.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Berembang di dalam takul,Buah pidada tercampur jagak;Berapa tebang berapa dicangkul,Kalau lalang bertumbuh juga.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ambil pisau belah ketupat,Perencah udang sayur keladi;Tertutup nafsu kerana mendapat,Kalau tak dapat apa mahu jadi.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Hutan serumpun di luar kota,Rimba bergulung batang berduri;Helang rabun musang pun buta,Senanglah ayam bebas akan diri.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Ke Bandar Hilir nampak jambatan,Singgah di teluk turun mandi;Alang cantik permata intan,Elok dipakai sehari-hari.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Jauh tuan pergi ke hulu,Cat sapu papan perahu;Penyu seekor telur beribu,Satu orang pun tidak tahu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Inche Ali pergi ke Tanjung,Singgah ke barat mengambil karang;Sudah habis padi sekarung,Tidak dapat burung terbang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Buah pauh buah bacang,Bunga pinang di dalam puan;Angkat sauh, lipatlah kajang,Pulau pinang tinggallah tuan,
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik ahmad membelah rotan,Mari belah dengan sembilu;Belum kena sengat lipan,Kalau terkena, baharu tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gula ulu dimasak pengat,Kasi makan kawan sekalian;Dari dulu kalau beringat,Tentu selamat hari kemudian.
Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri SelatOrang Acheh jual buku,Beli mari orang Jeddah;Orang berkasih bukan begitu,Habis nyawa barulah sudah.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Jelutung kayu di rimba,Mati ditimpa kayu kelat;Sudah untung kita berdua,Bagai ikan di dalam belat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belah durian berpangsa-pangsa,Belah sepangsa isi merah;Jangan tuan memilih bangsa,Darah juga sama merah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang sasau membuat kerja,Hendak menakuk kepala bendul;Asah pisau tiada berbaja,Makin dikilir bertambah tumpul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang di kubu lagi di jaga,Lalu ke daik berperahu lima;Jikalau ibu ibulah juga,Buruk baik tentu terima.
Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)Tanam selasih di tanjung jati,Batu hijau di atas jambatan;Bercerai kasih baiklah mati,Bercerai hidup berpandangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pecah pekapur cik maalim,Pecah ditimpa panah petang;Astaghafirullah al-azim,Pucuk dicita, ulam mendatang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulut-pulut di pangkal pauh,Ditebas orang membuat ladang;Surut di laut sendiri jauh,Terlindung karang mata memandang.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Tinggi-tinggi pohon delima,Ketiga cabang keempat candik;Saya pergi tiadalah lama,Ketiga bulan keempat balik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebelas lekor rejang saudara empat,Datang dengan kepala angin;Hanyut sudah sekalian tempat,Minta tuan bolehkan ingin.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Pisau raut ulu bertatah,Akan peraut bingkai tudung;Ikan di laut sudahlah latah,Menengok umpan di atas gunung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Centayu burung centayu,Terbang ke laut hinggap di batu;Cemperling nak jadi bayu,Kekura pandai nak panjat kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayoh insan paduka sultan,Bini anak Nakorla Ragam;Jangan tak tahu buah di hutan,Sedikit yang manis banyak yang masam.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Sembilan belas hari rejang Kala,Kala beranak dalam perahu;Sebab tuan hatiku gila,Makan tak hendak tidur tak mahu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Budak-budak tanam langgundi,Tanam mari di sudut laman;Cuba-cuba kita berbudi,Jikalau baik dibuat zaman.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Jin brahil mukanya biru,Turun ke dunia hendak mengharu;Tuan laksana sebuku gaharu,Sekat dibakar baharu berbau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dua kali ke pulau pinang,Putus tali rantai tembaga;Dua kali abang terkenang,Putus hati tampar dada.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)