Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Menyelam di acih di batu buruk,Yu sambaran datang melewar;Batu yang keras menjadi serbuk,Nyiur setandan disambar kelawar.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Ayam hutan terbang ke rimba,Hendak hinggap di atas kepaya;Emaknya sultan ayahnya raja,Janganlah hina tegal di saya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Itulah pulau si keladi,Di balik pulau si keluang;Hilanglah akal kerana budi,Itulah sebab kakanda terbuang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Nyiur manis tepi pengkalan,Tempat merak bersarang tujuh;Hitam manis turun berjalan,Bagai kilat bintang sepuluh.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayuhai Cik Nyonya yang sayang,Hidungnya mancung leher jinjang;Marilah tuan marilah sayang,Jangan tuan berpikir panjang。.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Orang berjalan laki bini,Petik ulam bungkus di daun;Apalah sudah nasibku ini,Habis bulan berganti tahun.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Agama

Serawak sungainya sempit,Buah rengas limbang-limbangan;Hendak dibawa perahuku sempit,Tinggal emas tinggallah junjungan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanjung belukar, tanjung beliku,Tebar jala sepanjang pantai;Janji tuan tidak begitu,Kuntum mala sama dipakai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau tuan menebang jati,Biar serpih tumbang jangan;Kalau tuan mencari ganti,Biar lebih kurang jangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lapan belas hari bulan rejang Alipan,Alipan beranak dalam peti;Tuan laksana kain kafan,Buruk tidak bertukar ganti.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kerbau bunting makan lempuyang,Turun bercuci di dalam sawah;Fajar menyengseng hari hendak siang,Tinggallah tuan tinggallah nyawa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang kerja kapal Marikan,Cukup bulan terima gaji;Ikan mati kerana umpan,Saya mati kerana budi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Hempaskan buyung di laman,Air tempayan membasuh kaki;Sudahlah lepas si unggas bayan,Adalah punai pemujuk hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Mari menjala ikan sepat,Dapat seekor dalam lopak;Bunga sekutum bertingkat-tingkat,Sayang sekuntum bawah kelopak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cincang rebung lerengan,Di kuala tanjung bulang;Laksana jung bergandingan,Bila kala akan berperang?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kuda merah saila merah,Dipacu anak raden galuh;Sudah dapat emas yang merah,Hati di dalam jadi tak gaduh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Beli dakwat jangan terlupa,Cari kalam sudah beraut;Berapa kuat ombak menimpa,Daratan yang mana turun ke laut.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Hilir dari sungai jambi,Singgah bermain terangan bulan;Sangat hairan di hati kami,Burung terbang disambar ikan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah surut pasang perbani,Tapa-tapa bertalam-talam;Cahaya terbit intan orani,Terbang melempah serata alam.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Perahu lancang dari petani,Naik ke darat beli kain;Buah bacang serupa kuini,Rupanya sama rasanya lain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah langsat buah pedada,Langsat berisi dalam cembul;Mahu mengadu tempat yang ada,Kalau berniat keramat yang kabul.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sutera songkit panjang sembilan,Panjang sutera hingga kepalanya;Tuan laksana permata intan,Saya menumpang akan cahayanya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Siam menjual pasu,Pesia gombang dalam perahu;Air diam jangan dikacau,Jadi gelombang saya tak tahu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tebang-tebang batang kemuning,Ditutuh sampai hujung batang;Kita kembang payung kuning,Menyambut orang datang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kelip-kelip kusangka api,Kalau api, mana dapurnya?Adik kecil kusangka mati,Kalau mati mana kuburnya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rancak gong bunyi rebana,Orang di kota bangun menari;Antara belum jadi bencana,Baik kita menarik diri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tapah-tapah bertalam-talam,Bela di mana cirananya;Melatah sudah gambar di dalam,Bercahaya alam di atasnya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Preling bersarang rumput,Penuh bulu pandai terbang;Mahu juga angin bertiup,Baru layar bolehlah kembang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Agama

Si patung menyisir rimba,Mati di palu rotan bulat;Elok pasungkan hati nan gila,Antara iman belum mudharat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terung asam terung berbulu,Diambil orang buat kerabu;Muka masam pandang keliru,Cari umbut terkena buku.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mayang pandan berkepung kota,Sunting oleh anak Surati;Siang malam menanggung cinta,Cinta birahi di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Apa ditebang di tengah limbah?Tentulah kayu saya lintangkan;Bunga setangkai sudah tergubah,Jikalau sudi, tolonglah suntingkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lalu kuda berkawan lima,Sultan menjaga di tepi kayma;Kalau tidak bagai yang lama,Akan siapa mahu terima.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Timbangan saya timbangan tembaga,Tali ada batang tidak;Malam ini malam celaka,Janji ada datangnya tidak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jikalau tuan pergi Melaka,Pesankan saya jarum sekodi;Baru kenal belum biasa,Cuba-cuba taburkan budi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Kasih & CintaKahwin & Merisik

Petang-petang ribut berdengung,Sayang selasih di pucuk nipah;Petang-petang duduk melengung,Dengar kekasih hendak nikah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pada rumput biarlah padi,Buat kusauk daun lalang;Pada hidup biar kumati,Buat risau hati orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rumput teki di tengah hutan,Bintang timur tergulung gulung;Minta rezeki sebesar lautan,Minta umur setinggi gunung.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Inche Siti anak Jelutung,Buat ulam ubi mengala;Pandai tidak melawan untung,Suratan sudah atas kepala.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Terung di gulai padi di tumis,Tanam peria di tepi pantai;Tiung mengilai, nuri menangis,Bayan sudah terkena rantai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada satu kejadian Allah,Pandai berkata demikian olah;Ekor terbit di atas kepala,Tergenujur terblingkar serba salah. (10 J.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Kasih & Cinta

Sembilu di atas atap,Jatuh ke bawah saya tekankan;Kalau rindu jangan meratap,Orang lalu saya pesankan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Batu intan bertimbang kerat,Jikalau emas menimbang mayam;Turun sultan mengalai barat,Lemas di tenang situ mendiam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pergi ke hutan menjolok nangka,Bawa lembing dengan sumpitan;Sedang lautan lagi ku langkah,Ini pulak duri di hutan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
BerkaitNasihat

Kayu udik dekat desa,Dihinggapi oleh si burung lang;Orang arif lagi berbangsa,Baiklah segera kembali pulang.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Encik Tolan layarkan perahu,Baru sampai Laut Pettani;Cakap pipit balam tak tahu,Jerat disangka bagai jerami.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Susur ke pantai ke Teluk Mas,Panas dingin angin utara;Ribut tak sampai mesti kemas,Jangan di diri boleh sengsara.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kelip-kelip ku sangka api,Kalau api mana puntungnya;Hilang ghaib ku sangka mati,Kalau mati mana kuburnya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Adat & Bangsa

Orang langat bertanam padi,Orang pantai bersukat beras;Ingat-ingat seisi negeri,Harimau berantai sudahlah lepas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah rumenia di balik kayu,Membuat lauk asam cuka;Orang di dunia sekalian tahu,Cendawan mabuk apa kan rupa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kerap-kerap ke tengah padang,Singgah mengutip bunga lengkuas;Bukan saya akap gebang,Semacam encik tiada tewas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Asal ada kaca di pintu,Tanamlah dedap di dalam padi;Asal ada kata begitu,Alangkah sedap di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak lebah berbungkus gula,Pagi-pagi disambar helang;Di dalam cubak kerap bersalah,Sementara ingat sementara hilang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pinang ceratak, pinang cerati,Dihempas mari di atas papan;Saya tak tahu kata mengerti,Sirih diberi saya makan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang padang makan mentimun,Mentimun ada di dalam kota;Saya pandang hujan kan turun,Pedoman tiba kepada saya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jangan harap kepada padi,Mari ditanam di dalam gembia;Jangan harap kepada mimpi,Hari siang manalah dia?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa juga di tepi pintu,Anak ayam mati terlentang;Kalau duduk sama Cik Bongsu,Bagai bulan dipagar bintang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Mengindang terkisut-kisut,Hendak dipilih akan antahnya;Dipandang tak patut-patut,Berdebuk akan darahnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang awa pergi ke kota,Singgah berhenti di tepi jalan;Sungguh tuan membawa senjata,Berkilat sahaja haram tak makan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah kena patuk tedung,Lagi jerit lagi menangis;Ibarat sebagai buah kedondong,Dulu kelat kemudian manis.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)