Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Pecah buyung sebuah dua,Reput dipetik bunga lalang;Saya umpama si burung tempua,Sebarang rumput dibuat sarang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi ke pulau menanam ubi,Buah berangan dalam dulang;Biar saya menabur budi,Wang ringgit saya tak sayang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Nasi kunyit panggang ayam,Ketiga dengan pulut inti;Bumi tersengit, dunia karam,Belum dapat belum berhenti.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & JasaSindiran

Apa melintang rumah Che Judi,Tampak dari pangkalan raja?Puas sudah menghambur budi,Sahaya miskin, dibuang sahaja.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Hendak mandi ke hulu cempung,Bercebok batil permata;Matahari sudah tercampung,Kasih terdiri di bibir mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rata rata mencucuk pagar,Kacang para dengan buahnya;Tuan kata saya mendengar,Apa perkara akan keduanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ayam burek balung batu,Makan padi dalam gua;Jangan seluk lubang itu,Takut dirat ular sawa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berkayuh dayungkan kulit,Sampai di laut memancing ikan;Diam saya diam terselit,Sedikit tak mahu saya zahirkan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Balai kecil kerani jaga,Daun pegaga dalam raga;Sekali-kali kami tak sangka,Ular lidi menelan naga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Serindit hinggap di pohon keranji,Burung belatuk terbang ke hulu;Adik weh kecil apa berjanji,Ketok dinding bukakan pintu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Beli gula berkati-kati,Hendak bikin sirih kaya;Pokok pangkal dari hati,Tiada hina miskin kaya.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Pergi ke pantai membeli ikan,Bungkus mari di chukin kain;Belum sampai kita tepiskan,Biar melayang di tempat lain.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Sindiran

Limau manis di kebun raja,Hilang dibungkus punca kain;Mulut manis di depan sahaja,Hati sudah kepada lain.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
BerkaitSindiran

Ditebar dapat alu-alu;Disambar unggas si raja helang;Hampir ke mari tidakkah malu?Baiklah segera kembali pulang.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Burung pungguk terbang malam,Anak siapa juntai kaki;Tuju lengkung penjuru alam,Tuan seorang mahkota hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Lama sudah tidak ke ladang,Habis padi dililit kangkong;Sehari tidak dapat pandang,Hati terkait dengan jantung.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Padi ini semumba-mumba,Daun kurma daun cempedak;Macam mana hati tak hiba?Entah bertemu, entah tidak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari Machang ke Ayer Molek,Burung terbang pulang hari;Sudah terpandang kecik molek,Sebagai intan di hujung jari.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Terbang burung mengirai bulu,Burung punai di atas gala;Selama tidak hujan di hulu,Bertambah masin air di kuala.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kalau batik dari palembang,Mari digunting lantas ke pesak;Sifat saya pipit terbang,Menantikan musim padi masak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi ke hulu membeli limau,Dapat dibeli beraga-raga;Dahulu tuan jadi harimau,Belum pernah kena penjara.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Patah puteri naga-naganya,Sentakkan layar ke indiragiri;Hendak mati rasa-rasanya,Air ditelan serasa duri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Pagar sahaya pagar keliling,Pokok kara-kara tiada mulia;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Dua belas hari bulan rejang Mayang,Mayang permeli kaperaduan;Mengkin lama bertambah sayang,Sudah sayang bertambah rawan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kumbang berpaksi keliling bunga,Nantikan kumbang mengisap madu;Bimbang di hati selama lama,Jiwa melayang kerana rindu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang Daik ke Inderagiri,Bawa barang dalam bungkusan;Jikalau pandai bawa diri,Banyak orang belas kasihan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Senduduk bunga di hutan,Putih kuning tampak kelihatan;Di mana duduk kenangkan tuan,Letih lesu rasanya badan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Air mengalir di alur-alur,Pokok lilang di tengah padang;Rindu malam dibawa tidur,Rindu siang dibawa bertandang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung bangau terbang ke hilir,Singgah di belat berjuntai kaki;Saya umpama lunyau di air,Sebarang tertadung menjadi daki.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil tempurung dibakar bakar,Isi mari di dalam dulang;Laksana burung di dalam sangkar,Kalau tak mati tentu terbang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cincin perak dari bugis,Buatan anak tukang Melaka;Tunduk menulis sampai menangis,Dawat bercampur si air mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Batu sangkar, batu bersurat,Ke sana padang seleguri;Makanan arif kias ibarat,Pantun seloka ulam jauhari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terung perat di dalam dasar,Dasar terletak di hujung dahan;Yaumul-kiamat di padang mahsyar,Adik seorang penyudahan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Aman orang Bandan,Memasang lukah pagi hari;Jikalau ada amal di badan,Tentu tak susah sekali-kali.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ada satu dewa samsudan,Pada ada baik jangan;Sudah menjadi buah makanan,Kalau tak makan jadi kempunan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Buluh ini buluh Belanda,Cukup dengan papan pakunya;Cantik sekali majlis kekanda,Berpatut dengan tingkah lakunya.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak rusa di tepi paya,Makan padi berulam rumput;Tiada orang seperti saya,Makan hati berulam perut.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam kobis di kaki bukit,Lipat surat dalam puan;Sukat habis bintang di langit,Barulah lupa budimu tuan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Petik durian kaca puri,Diambil budak bawa berlari;Sudah dapat intan baiduri,Membayar kaul tujuh negeri.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Bunga Kekwa di dalam kolam,Musang jebat naik menjemur;Minta doakan siang dan malam,Minta sahabat panjang umur.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Pinjam kapak pinjam beliung,Hendak menebang kawar berduri;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Banyak lembu di rumpun buluh,Jumpa seekor di tepi balai;Penuh di dada seperti suluh,Serta terpandang haram terlalai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Bubu lintah di dalam buyung,Lintah dipiara beribu ribu;Anak dicinta anak dilambung,Barulah tahu kekasih ibu.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Burung pucung terbang melintang,Sudah melintang membujur pula;Hidung dicium membayar hutang,Pipi digigit berhutang pula.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kecik-kecik tanaman tebu,Tebu ditanam berpaitak-paitak;Sungguh kecik carang jambu,Lemak serpai patahnya tidak.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Panjang rambut encik julita,Panjang melilit ibu kaki;Dengarkanlah murai bercerita,Abang di laut tanjung jati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pecah cerek cawan berdengung,Singgah terantuk di kedai kain;Di dalam tilik dengan tenung,Tuan sudah mencari lain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil mayang dibuat tajuk,Sunting mari anak di Guba;Cinta sayang maka dipujuk,Minta kasih bolih bertambah.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Orang berkawan ke kampung cina,Lalu di pasar membeli keladi;Kalau cendawan tidak berguna,Salah tempat pun dia menjadi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Sehari-hari mandi di paya,Laksamana pergi mendekut;Kasih tuan tiada bermaya,Sebagai embun di hujung rumput.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Baju batik kain kesumba,Pakaian anak raja cina;Orang cantik saya tak gila,Banyak orang atas dunia.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Belah-belum bunyi malam,Bunyi di atas bumbung penghulu;Allah belum menjadikan alam,Saya sudah berjanji dahulu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau riak, riam dahulu,Tenang-tenang kuala jambi;Kalau rewak, diam dahulu,Senang-senang kita perjadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Belah tanduk berpecah retak,Hendak buat tangkai timba;Umpama pondok atau teratak,Tempat berdiam di cerang rimba.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sarang helang di atas rambutan,Turun ke bawah menuai padi;Abang berperang dalam lautan,Adik berperang di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terbang tinggi dua sekawan,Minum air di kaca batu;Tidur mimpi ngigau-ngigauan,Serasa adik ada di pangku.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Isap rokok tembakau cina,Asapnya ke luar seperti bunga;Sebagai orang kena pesona,Tak tentu arah ia bertanya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tetak-tetak kayu berlubang,Terbang mari sambil berdiri;Jikalau menumpang kasih orang,Buat susah badan sendiri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Iblis menyelam laut pidada,Iblis bernama jin kesakti;Kirim salam pada adinda,Kakanda hidup serupa mati.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Itik belibis di lautan cina,Mengirai bulu jantan betina;Cantik majlis bertambah warna,Sebagai jahitan sulaman cina.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)