Pantun Pelbagai: Orang berkayuh dayungkan kulit
Orang berkayuh dayungkan kulit,
Sampai di laut memancing ikan;
Diam saya diam terselit,
Sedikit tak mahu saya zahirkan.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Orang berkayoh dayong kan kulit,
Sampai di-laut memanching ikan;
Diam saya diam terselit,
Sedikit tak mahu saya laher kan.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang berkayuh dayungkan kulit | a | 10 suku |
| Sampai di laut memancing ikan | b | 10 suku |
| Diam saya diam terselit | a | 9 suku |
| Sedikit tak mahu saya zahirkan | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.