Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Bunyi locong pukul lapan,Hati di dalam harapan tuan;Sakit saya sekalian badan,Apa baik tolong ubatkan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cik ayu pergi ke hutan,Ambil golok potong sena;Saya laksana sayur-sayuran,Tidak berlauk baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang di Acai duduk menunggu,Nantikan khabar dari Seberang;Dikalau kasih hati tak sungguh,Tentulah susah bercinta seorang.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pinang ceratak, pinang cerati,Cendawan di atas papan;Pinang dipetik, sirih dibeli,Bermakna maka dimakan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Pokok pompong atas kota,Tempat bermain encik siti;Alangkah bohong tuan bekata!Belah dada bukankah mati?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih pulang ke acih,Manisan lebah dalam perahu;Tidur sebantal menunjukkan kasih,Hati berubah siapa tahu?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak rusa di tanjung jati,Sayang Selasih di tanjung puan;Susah jangan di dalam hati,Kasih tidak lupakan tuan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Budi & Jasa

Zaman tatkala raja di Kelang,Tali diukur dengan gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Sudah serap di dalam tulang.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Membakar suluh keliling kampung,Akan penyuluh semut api;Berpuluh-puluh musuh berkampung,Janji adik sebelum mati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raden Galuh ratu Guripan,Mencari ratu si raja indu;Jikalau tidak malu dan sopan,Siapa kuasa menanggung rindu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cincang-cincang dibuat rojak,Makan orang dalam perahu;Kerana tuan hati ku rosak,Makan tak hendak tidur tak mahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Rama-rama kebun Che Daud,Terbang menyongsong hinggap di titi;Tuan umpama pulau di laut,Selagi burung tumpang berhenti.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kepiting duduk menyelampai,Lalu bergelung dari induknya;Lepaskan tupai yang berantai,Menyunting bunga dari tampuknya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih pulang ke acih,Ikan kurau kata senangin;Bukan mudah bercerai kasih,Laksana wau menanti angin.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Budak-budak sabung keridik,Mari bersabung di atas kota;Terlangsung perahu boleh balik,Terlangsung budi orang mengata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa hendak dikatakan lagi?Naga menjadi ular lidi;Seumur kucing tiada bergigi,Tikus hendak melompat tinggi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Selingga kedua lingga;Tiga dengan kuku balam;Hati tidak dua tiga,Bagaimana di luar begitu di dalam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Limabelas dayung ke jambi,Bunga nenas di dalam kebun;Tidakkah belas memandang kami,Siang berpanas malam berembun.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Selepa emas cupu suasa,Letak mari di dalam talam;Terbang merak dari angkasa,Cahayanya sampai seputar alam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
SindiranPelbagai

Limau manis di tepi perigi,Lebat buah di hujung dahan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Batang rumenia daunnya layu,Gugur daun dalam perepat;Kalau tak mau menanggung malu,Barang dilarang jangan dibuat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Lagi Semarang pergi Garasek,Mahu menambang dengan perahu;Bertua ayam tengok di sisik,Bertua orang siapalah tahu.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tinggi tinggi gunung laidang,Nampak dari kota Melaka;Tuan pergi sudahlah hilang,Saya yang tinggal berkata-kata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang belayar bertali kelat,Beserta dengan tali bahu;Luka di tangan dapat dilihat,Luka di hati siapa tahu?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah lanjut, buah binjai,Mari makan ulam petai;Susu lanjut, duduk tersempai,Anting-anting duduk terjuntai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Harimau betina bersilang ekor,Silang menyilang anak beranak;Tuan sempama bintang timur,Buat suka hati yang banyak.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Berkait

Harumnya bikin elus beta punya hati,Seakan takkan pernah tutup matanya,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai,Hancur batin ditumbuk nestapa.

Wikisource (CC BY-SA)
BerkaitNasihat

Awan di mega jadi tudungnya,Sarang pipit di dalam negeri;Sendiri juga yang menanggungnya,Hendaklah ingat kemudian hari.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Silap dijalin hendak meradang,Tak betul susup rotan pengikat;Sebab campin kera tergalang,Bakul dianyam tak tentu semat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tiga petak tiga penjuru,Tiga ekor kumbang di dalam;Sama sesak sama rindu,Sama tak tidur jauh malam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke pancur,Belikan saya sayur lobak;Bagaimana hati tak hancur,Tengok perahu di lambung ombak.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Adat & Bangsa

Sedang perang negeri cina,Ular sawa melilit kayu;Sedang kumbang gilakan bunga,Kumbang terbang, bungapun layu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Bagaimana menangkap landak?Di asap pintunya dengan api;Bagaimana mula berkendak?Dari mata turun ke hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jalur penjajap berkain cindai,Laju bagai burung terbang;Setahun belayar tiga bulan sampai,Layar tak berhenti malam siang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang seberang mudik berdayung,Dari pekan ke Tanjong Serai;Tuan seorang mustika payung,Bagai intan sudah ternilai.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kayu patah di rimba besar,Patah di titi maalim sidi;Sungguh gajah binatang besar,Sudah rezeki si ular lidi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau tuan tombak renchana,Ambil gantang sukatkan pulut;Kalau tuan bijaksana,Apa binarang tidak berperut.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Yam-tuan kecil Yam-tuan besar,Masuk ke pekan mudik meniaga;Lautan kering gunung berkisar,Cacing mengambang menjadi naga.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Berkait

Buah menalu dari hulu,batang berah dibelah-belah;Hutang malu dibayar malu,hutang darah dibayar darah.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Gajah putih dari seberang,Antar hasil benua China;Maskota hati tuan la sorang,Seri gembala dalam dunia.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kain dibuat lampin kechik,,Pakaian anak baru menjadi;Orang miskin jangan dijijik,Kebesaran tak boleh dibawa mati.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kait-kait di hujung galah,Anak lanun menjerat rusa;Buat baik kepada gembala,Buah ditenung menanti masak.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Anak itik anak angsa,Beri padi hendakkan dedak;Bisi kutuk bisi celaka,Dibiri laki mahukan kendak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam bayam bertabur biji,Kerbau berlaga di tanah lekuk;Ayam bertelur sehari sebijik,Riuh rendah dia berketuk.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang tempang jangan dijajat,Ingat-ingat hari belakang;Rumah buruk disapu cat,Bunga layu semula kembang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tengah malam masuk beradu,Labuh tirai tertutup kelambu;Tuan laksana air madu,Manisnya sampai jantung lempedu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Banyak orang panjat kelapa,Kelapa dipanjat kebun cina;Budi tiada, hodoh rupa,Kepada orang tiada berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ke Padang sudah ke Muar belum,Laksmana duduk atas pelamin;Pandang sudah bertemu belum,Bagai bunga dalam cermin.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Ilmu & BelajarAdat & Bangsa

Lembu siapa tambat di pagar?Lembu raja putus tali;Guru mana tuan belajar?Boleh mengadap sekali lagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Di mana banyak anak teruna,Anak perawan pun ada di sana,Kelakuannya itu berbagai warna,Kesudahannya itu berbuat zina.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Setiap hari pergi ke hulu,Tengok orang pintal tali;Diamlah kita sabar dahulu,Suratan yang baik mana mahu lari.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang mengail di atas batu,Dapat seekor ikan duri;Hati tuan ingat begitu,Hati saya terlebih lagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang kuantung duduk berjudi,Duduk berjudi dalam perahu;Jangan dilambung jangan dipuji,Cerdik bodoh orang pun tahu.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Sindiran

Pucuk melampai hala ke belukar,Mati di lilit ribu-ribu;Bunga di lengkung ular yang besar,Carilah akal dengannya tipu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Malam ini malam jumaat,Pasang dian kepala titi;Tepok bantal panggil semangat,Semangat datang dalam mimpi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terbang sekawan burung punai,Singgah menghinggap tempat berteduh;Saya bagai air di sungai,Pasang jerami surut dia keruh.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tetak buluh rancung mengkuang,Penggali urat si jemertas;Sama luluh sama hilang,Seperti dawat dengan kertas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Terang bulan di pulau upih,Tetak kayu timbun-timbunkan;Bunga ini kiriman cik putih,Jikalau layu tolong embunkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hantu berjalan tidak berkira,Raksi minyak bunga antalas;Siang malam duduk berkira,Budinya banyak belum terbalas.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Agama

Kemuning daunnya lampai,Tumbuh di jirat paduka tuan;Di atas dunia kaul tak sampai,Di dalam syurga bernantian..

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)