Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Orang Feringgi jadi kelana,Mencari landak sekawan lima;Sekarang pergi akan ke mana?Patik nan hendak bertanya nama.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Anak Burma pergi ke darat,Mari sembah raja negeri;Antara sama belum mendarat,Baiklah kita menarik diri.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Cantik manis putih kuning,Bagai tanduk bersendi gading;Salah pandang akal dirunding,Feil perangai laksana anjing.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam tua disangka biring,Sabung dengan ayam kelabu;Kena panas habis kering,Habis bulan buah tak mahu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Sudah surut pasang perbani,Tapa-tapa bertalam-talam;Serta terbit bintang nurani,Cahayanya melimpah serata alam.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Timbang gula berkati-kati,Hendak dibuat sirih kaya;Pokok pangkal dari hati,Tidak peduli senang dan kaya.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Tanam padi di celak botol,Sarang penyengat di bawah lantai;Niat di hati kalau betul,Apa niat semua sampai.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kumbang raja kumbang kesakti,Kumbang dibawa dari jawa;Cinta birahi di dalam hati,Adinda seorang timbangan nyawa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Bawah sebuah di bandar Siam,Perahu sarat muat di Achai;Nama yang baik pikiran diam,Cantik buruk saya tak pilih.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tukar tukar beli di bandar,Simpan makan dalam perahu;Suka suka mahu belajar,Kalau tak ajar bila kan tahu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di siam;Kalau ya kasihkan kami,Carikan jarum gedang meriam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang hinggap di carang,Orang memburu dalam hutan;Bukan sayang jiwa ku hilang,Kerana tuan saya turutkan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Jalan-jalan tanah tambak,Pucuk pakis tuan tanggalkan;Berjumpa sudah rambutan masak,Rambai yang manis tuan tinggalkan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pisau raut ulu sekerat,Buat peraut pasak perahu;Seorang di laut, seorang di darat,Di dalam hati siapa tahu?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jangan ditibang rotan gelonggang,Pucuknya ada berjurai-jurai;Jangan dikinang benda yang hilang,Sudah jauh digunggung murai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perahu Acay dari Seberang,Singgah tambat di tanjung Jati;Susah bertumpang kasai orang,Tak boleh buat bersuka hati.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Tetak nibung buat panggung,Hanyut tempurung di Kuala Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Burung terbang sahaya berpesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Naik endul jangan diayun,Takut putus tali penghubung;Lembu dogol jangan dibalun,Kalau menanduk jatuh terjerungkung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah surut pasang perbani,Tapah-tapah bertalam-talam;Serta terbit bintang nurani,Cahaya melengkung sekalian alam.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Baik baik tebang jati,Biar serpai tumbang jangan;Baik baik mencari ganti,Biar terlebih terkurang jangan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berempat jalan berpimpin,Encik Salleh orang seberang;Kaya tak berbudi kepada miskin,Tentu tak boleh nama terbilang.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Tiga lekur rejang Iblis,Iblis menulis singa terbang;Tubuhnya bagai awan ditulis,Itu membuat jiwaku hilang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Ulang-ulang melihat bendang,Tanah merekah padi bertangkai;Saya laksana kain sebidang,Sukat ditungkah baharu dipakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cempaka bunganya harum,Pakaian kebaya lalu berlima;Bercoba belum berduga belum,Takkan saya mau terima.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Limau lelang limau jari,Masak gula buat manisan;Saya datang kerana budi,Tambah pula tuan berpesan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Pokok kerekup tepi penjuru,Sayang buah lebat di dahan;Sudah cukup mengadap guru,Berani saya masuk di medan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Datuk Japar anak Temenggung,Lalu masuk di hujung lorong;Kalau lapar makankan jagung,Jagung jangan katakan rebung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Rek-rek tiada seriat,Bukan berhenti makin lebat;Payung robik tempias sekerat,Kain dipinggang lembab melekat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih terbang berlima,Singgah ke laman datuk penghulu;Kasih orang jangan terima,Sebagai kuman di hujung kuku.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Rumput wangi tengah jalan,Kembang cempaka di atas atap;Bayang bayang sangkakan tuan,Celaka apa saya mengadap.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tinggi bukit gunung mak buah,Mengadu lembu berbunuhan;Jadilah segala yang sudah,Inilah syarat pertemuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak kapal dua serupa,Cukup bulan ambil gaji;Bila ditentang dengan kalipa,Doalah diminta semua menjadi.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Dari Rumbia ke Tanjong Tuan,Tengok rusa lalu berenang;Lahir di dunia kehadrat Tuhan,Ada yang susah ada yang senang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Merak emas burung Palembang,Tiup angin barat daya;Emas perak senang ditimbang,Budi orang apakan daya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Serindit digonggong lang,Jatuh ke longgok Indragiri,Sudah terselit di kampung orang,Baik-baik membawa diri.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kain sutera berkabung-kabung,Pakaian anak raja maulana;Pasang jerat di hujung tanjung,Mengkarung lalu, cicak terkena.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayang ara pokok lempung,Buahnya masak dimakan punai;Saya laksana hempulur nibung,Buruk tinggal dimakan anai-anai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga pandan di dalam kampung,Bunga rampai di dalam puan;Sakit badan tiada tertanggung,Hendah melepaskan hajat tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pandai menyimpai,Cubalah simpai taruk bertorang;Kalau tuan pandai mengungkai,Cubalah ungkai di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Inche Ali anak che Kadir,Pakai baju cit antalas;Siang malam duduk berfikir,Budi yang baik belum terbalas.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pergi ke pulau muat ubi,Sampai ke beting layarkan juga;Sungguh kita menabur budi,Jikalau miskin kecewa juga.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Perahu mabuk kemudi gila,Bawa belayar ke kuala minyak;Bulan mabuk matahari gila,Apa kata bintang yang banyak?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik tanguk duduk berkedai,Ia pandai berjual beli;Sudah meremuk rupanya murai,Hampir mengena umbun tali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Letak buah di peti belah,Anak raja mengidam makan;Sudah cari dalam sejarah,Bunga dorjah kembang di hutan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Batang pulai lampohan paku,Hanyut ke laut Kuala Jeddah;Minta dokwa pada tuanku,Kasih sayang jangan berubah.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tetak buluh buat seligi,Sukun dipanjat dahannya patah;Dengar gaduh dalam negeri,Sekalian rakyat dengan senjata.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berkayuh adik beradik,Sampai di laut pancing ikan;Diam saya diam bersolek,Sedikit tak mahu dilayarkan.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Kerat kayu bawa ke kuala,Mari kerat batang beringin;Perahu buruk ditampal gegala,Layar robik tak makan angin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunyi berdebab seberang pekan,Pipit tuli kena dijerat;Buah mabuk jangan dimakan,Pokok berduri jangan dipanjat.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Berbuah setambun tulang,Makanan anak barau-barau;Ada untung, berbalik pulang,Jika tidak, mati di rantau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tinggi tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Alang suka di dalam hati,Niat berkaul sudah dapat.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak langsia di tengah padang,Berkawan dengan hantu gala;Ada rahsia jangan terpandang,Tuan mari mengaku salah.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Laksamana mudik ke hulu,Singgah mengentas buah delima;Untung saya umpama sagu,Lapar perut baharu berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dewa tuju mengarang bunga,Karang bunga di dalam cawan;Beludu ditenun pancawarna,Warna bercahaya mambang di awan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Gajah putai gajai di Jawa,Raja bersembah di rantuh Bali;Kasai putai berdamai nyawa,Rusa bertemu paya dicari.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya luruti kan;Buang emak buang saudara,Kerana kasih saya turuti kan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Ikan raya di bahar allah,Berenang menuju di tengah arung;Sia-sia tuan berlelah,Jaring direntang di hadap burung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dinding perepuh rumah cik alang,Pagar buluh di tepi perigi;Sungguh tuan panglima garang,Mengadap musuh tak pernah sekali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pergi ke tanjung,Bawalah kain satu kayu;Kalau tuan menjadi burung,Saya menjadi ranting kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cempedak di buntut bandar,Daun jangan diberi layu;Tuan tak hendak berkata benar,Supaya jangan diberi malu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)