Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Ayo dayang mana lah kunci,Kunci terletak di atas bangku;Darikan sayang sampaikan benci,Sebab perkhail tengkar laku.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Lagi seberang ke Malaka,Anak achay pulang ke langat;Biar renggang tidak kenapa,Cinta kasih sama teringat.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Dua tiga cincin di jari,Yang sebentuk bercahaya terang;Dua tiga dapat dicari,Tidak sama bagai yang hilang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Petang-petang turunlah ribut,Habis gugur buah janggus;Saya laksana pancang di laut,Surut pasang digoncang harus.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Antara padi dengan sementung,Di situlah sorek ditukarkan;Antara hati dengan jantung,Di situ adik abang tinggalkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan tebu di luar serambi,Anak tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Penyagat di tepi kota,Selasai dalam jambangan;Tuan ingat saya pun cinta,Itulah kasai jadi panjangan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Terdorong gajah di acih,Terpijak sempana raja;Sudah terdorong hati yang kasih,Bumi dipijak diguncang gempa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokpang kepala kuda,Bongkok belakang bulu di dada.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Nasi basi atas para,Para dibuat para baharu;Putus kasih badan sengsara,Hidup segan, mati tak mahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perahu di Daik masuk Melaka,Jaga kemudi jangan binasa;Orang baik kepada kita,Dia berbudi kita berbasa.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Merpati beranak tunggal,Telur ayam di dalam peti;Tuanlah kasih penyudah kekal,Pada yang lain haram di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang seberang tanam nanas,Di tengah padang tanam langudi;Ada orang pandangkan emas,Ada orang pandangkan budi.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Korek perigi galikan pasay,Di atas darat dilonggokkan;Pertama budi kedua kasay,Mana yang baik tuan turutkan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pusing-pusing keliling pasar,Buah mangga terisi di bakul;Saya bertanya jangan gusar,Minyak apa berbau di sanggul.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Petang-petang pergi ke rimba,Menengok pelanduk menarah papan;Macam mana hati tak hiba?Nasi tersenduk tidak termakan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lurut lurut batang tebu,Mari diukur panjang lima;Anak tak tahu di perut ibu,Jahat baik mau lah terima.
Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)Kain ini kain Jerman,Sutera biru dari Melaka;Surat ini surat kiriman,Jikalau rindu buka baca.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Batang senduduk di tepi kebun,Serta kembang merah galan;Datang duduk berhenti ubun,Nanti terang segera berjalan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Lebat buah di sawah padi,Habis dimakan burung merpati;Habis bulan tahun berganti,Tuanlah tidak lupa dihati.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Pisang raya masak seraya,Pisang raja masak di hujung;Orang kaya sama kaya,Orang miskin membawa untung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunyi berderap suara di padang,Serta pedang senapang peluru;Harap juga bunga kembang,Kembang tak lama berbalik layu.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Pisang embun masak merekah,Dituris dengan pisau raut;Kalau abang pergi ke mekah,Dua kali menyeberang laut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa tinggi pucuk pisang,Tinggi lagi asap api;Berapa tinggi gunung ledang,Tinggi lagi harap hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik si maalim lembut,Seekor belajar makan nasi;Embun setitik menjadi laut,Akan penghapus gunung langsi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah ubi dari Daik,Buah rambai lebat di batang;Oleh kerana budinya baik,Tidak dipanggil saya pun datang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Rimau telap di bukit pinang,Langsong ke rambai tempat berulang;Tengah tidur rasa terkenang,Bagai di lambai rasa nak pulang .
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gula madu campur serbat,Mari minum seorang secawan;Jikalau malu boleh bersahabat,Harimau di hutan boleh berkawan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau ya selasih dani,Masak sebuah merekah-rekah;Kalau ya kasihkan kami,Carikan harimau buat persembah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gajah putih jijaknya jopang,Hendak berkubang paya keladi;Wahai kekasih adinda abang,Cinta tidak ke mana lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raut gula bersegi-segi,Buat mari serampang ikan;Kuasa Allah dibagi-bagi,Besar laut pada daratan.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Kelambak batang berduri,Duri terkait di olak jamban;Cuba-cuba menabur budi,Jikalau baik dibuat zaman.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Sudah bertapa di pangkal buluh,Terbang burung dari Kayangan;Tuan menjadi kota penyuluh,Saya menjadi bayang-bayangan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Buah padi selasih dulang,Tumpang saya ke jawa sahaja;Buah hati kekasih orang,Tumpang saya tertawa sahaja.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pergi ke hulu,Salim bernama orang seberang;Bagaimana kapal nak lalu,Kiri beting kanan karang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Dipuput bayu sering-seram,Rasa badan bagai nak demam;Emas yang baik kalau diupam,Mana boleh menjadi senam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lama sudah gopong dirajut,Angkut dijunjung sampai sepuluh;Saya umpama apung berhanyut,Untung tersangkut di hujung buluh.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kayu ternah dari Jambi,Kapak beliung bawa belayar;Kalau berkenan di mata kami,Berapa harga boleh dibayar.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Peluru petunang peluru berjampi,Tembak tak boleh mungkir lagi;Petua guru kalau dipilajari,Peluru mengharung mencari sendiri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cicak di sana cicak di sini,Seekor cicak di hujung rotan;Cari di sana cari di sini,Dari rindu timbul rawan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau ya selasih dani,Tanam padi tebing perigi;Kalau ya kasihan kami,Tangkap kuman beri bertali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Malam ini malam jumaat,Ikan panggang minta gulaikan;Bakarlah suluh panggil semangat,Sambil merayu minta ceraikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang kaya berintan baju,Berbau serta bunga rampai;Jikalau belayar sampan laju,Dengan deras kau boleh sampai.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Kelekati bermata riang,Akan mengacit si tawang-tawang;Nak mati berbulan terang,Nak berkubur di awang-awang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menderu terbang burung sekawan,Ambil padi saya taburkan;Hati rindu bertambah rawan,Tempat mana saya hiburkan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Di mana rumah cek Ali,Sebelahnya pokok kenanga;Di mana saya cari,Ambil kertas tuliskan nama.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tinggi bukit Siku Dana,Tempat tanam habuk padi;Sungguh jauh ke mana-mana,Kasih tertanam dalam hati.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Kalau tuan pergi palembang,Langsung masuk ke dalam kota;Tuan jangan berhati bimbang,Adinda tiada berudah kata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Papan peti di atas balai,Tuang anggur di dalam puan;Hilang nyawa badan bercerai,Tidak ku lupa budi mutuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Hari pagi ayam berkokok,Berkokok berselang satu-satu;Kurang besi baja ditokok,Asal boleh diasah batu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air pasang menyelam tiram,Tiram di selam pasang perbani;Jikalau diturut hati yang geram,Hilanglah takut timbul berani.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bertelur apa engkau senangin,Bertelur lalu sepanjang pantai;Turunlah apa si raja angin,Minta hantar si panjang lampai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lalu ke darat potong kayu,Jalan berkawan pagi hari;Ibarat buah masak layu,Lambat-laun gugur sendiri.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Anak ayam turun empat,Mati seekor tinggal tiga;Mana yang renggang habis rapat,Kelasi-kelasi baharu suka.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di batu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan asap sehelai baju.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Singa putih menyambar dewa,Disambar dewa di kaki awan;Sungai disukat dengan nyawa,Nyawa terserah kepada tuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Menumbuk di lesung batu,Dapat beras beruni-guni;Si pungguk diam dahulu,Terang bulan boleh berbunyi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sakit kaki ditikam siput,Siput datang dari seberang;Sakit hati rasa nak ikut,Apa daya di tangan orang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ruak-ruak di dalam rumbia,Minum air sampai berulang;Emas perak harta di dunia,Budi yang baik dikenang orang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Unggas bukan, centayu bukan,Kiranya daun selara tebu;Acih bukan, melayu bukan,Pandai amat bermain semu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)