Pantun Pelbagai: Buah ubi dari Daik
Buah ubi dari Daik,
Buah rambai lebat di batang;
Oleh kerana budinya baik,
Tidak dipanggil saya pun datang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Buah ubi deri Daik,
Buah rambay lebat di batang;
Sebab kerna budi-nya baik,
Taosa di panggil sahya pon datang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Buah ubi dari Daik | a | 8 suku |
| Buah rambai lebat di batang | b | 9 suku |
| Oleh kerana budinya baik | a | 10 suku |
| Tidak dipanggil saya pun datang | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.