← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Orang kaya berintan baju

Pelbagai Klasik

Orang kaya berintan baju,

Berbau serta bunga rampai;

Jikalau belayar sampan laju,

Dengan deras kau boleh sampai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan. Ejaan moden itu dijana secara automatik (AI) dan mungkin mengandungi kesilapan kecil; ejaan asal Baba inilah teks yang sahih.

Orang kaya berintan baju,

Berbau serta bunga rampay;

Jikalu blayar sampan laju,

Dengan dras kau balek sampay.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Versi lain pantun ini

Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.

Orang kaya berintan baju,

Berbau dengan bunga rampai;

Jikalau belayar sampan laju,

Barulah cepat boleh sampai.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931) · didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Orang kaya berintan baju a 9 suku
Berbau serta bunga rampai b 8 suku
Jikalau belayar sampan laju a 10 suku
Dengan deras kau boleh sampai b 9 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa