Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Agama

Daun terap di tengah padang,Datanglah gajah dililainya;Tengah sedap mata memandang,Datang allah diceraikannya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Padi dihirai mahu berindang,Sedia kain berkumpul abu;Cerai berai terlalu senang,Akan ke lain belum tahu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cik ali selendang batik,Batik datang dari surabaya;Tuan umpama emas dititik,Belum disipuh bertambah cahaya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang di Jeddah jalan ke teluk,Jalan sampai ke Pulau Pangkor;Jikalau buah bukan sepokok,Jikalau tupai bukannya seekor.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Selendang bukan sebarang selendang,Selendang ini bertabur mayang;Kening boleh janganlah pandang,Takut nanti tergila bayang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Telotok pisang di hutan,Patah ditimpa selaranya;Berkokoklah si kelantan,Hendak mendengar suaranya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sehari hari duduk bersisir,Sisirkan pula daun lalang;Hari hari duduk berfikir,Fikirkan pula badan yang malang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Terang bulan di pulau pinang,Anak belanda turun ke kapal;Tengah malam bangkit terkenang,Air mata turun di bantal.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa putih di tanjung layang?Ruku-ruku tanaman cina;Apa putih di kepalamu dayang?Telur kutu disangka bunga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Air pasang menyelam tiram,Nanti surut pasang perbani;Sudah terpasang kandil di dalam,Terang bagai bintang nurani.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke petani,Cari ayam bulu balik;Sudah tuan ludah ke bumi,Adakah patut nak jilat balik?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi pasar beli udang,Mari isi dalam timba;Jalan besar ada terbentang,Siapa mahu sesat di rimba.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tumbuk tepung di lesung tinggi,Orang menanti di ruang dalam;Tatkala tiung terbang pergi,Nuri di rimba demam semalam.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kibang-kibut kuala pahang,Ombak beriring lima-lima;Kerat rambut kirimkan abang,Buat pengganti mata telinga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa lauk nasi baharu?Disimbelih ayam sabungan;Tidak dapat jalan di pintu,Saya panjat tulang bumbungan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanglung main tanggal-menanggal,Penaggal geron duri pandan;Tanggung lama harapan tinggal,Tinggallah engsoon jiwa di badan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Kiri jalan kananpun jalan,Sama tengah batang mengkudu;Kirim jangan, pesanpun jangan,Sama-sama menahan rindu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cempaka baunya harum,Ditanam orang dalam kota;Ku pandang sudah bertemu belum,Hati di dalam sangat bercinta.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Berketuk tedung di tanjung,Diseru daina tengah padang;Hendak ditanya adinda burung,Yah kah punai menukar sarang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Adat & Bangsa

Biji lanjut panjang lampai,Main anak raja di Judah;Di dalam hajat niat tak sampai,Hancur dunia dendam tak sudah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau bertemu raja Melayu,Bedil meriam empat puluh esa;Anak dimanja jangan terlalu,Esok kemudian menjadi susah.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Bulan terang anginpun sedap,Bunga keduduk di dalam bendang;Tuan sudah terkena injap,Bubu duduk ikanpun hilang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa hijau di dalam perigi,Kaca di dalam peri puan;Tidur mengigau semalam tadi,Bantal peluk disangka tuan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Sapu tangan tepi berkelim,Kelim mari gigi berlalang;Hati rindu mana nak kirim,Hendak kirim bukan-nya barang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Tanam kacang jarang-jarang,Situ tempat puyuh berlari;Bertanya bulan kepada bintang,"di mana jatuh matahari?".

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain baru dibuat layar,Ada satu Si Wak Daud;Sudah selalu kita belayar,Belum jumpa karam di laut.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Merpati terbang melambung,Jatuh tersepit pagar cik ahmat;Buah hati pengarang jantung,Di mana jatuh biar selamat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang mengikut menggetah punai,Ambil kain tudung kepala;Tidak tertempuh arus di sungai,Baik berlindung luar kuala.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke palembang,Anak jawa membakar arang;Pelayaran tuan tidak menimbang,Karam berdua basah seorang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Bugis meniti batang,Pergi berbelat di ujung tanjung;Budi tuan datang mendatang,Alangkah berat badan menanggung.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Bangun tidur raja jambangan,Teras garu cendana jati;Sungguh banyak kuntum di taman,Cempaka biru bergonda hati.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Nasihat

Jikalau anakku hendak beristeri,Empat perkara hendak kau cahari,Supaya rumahmu kelak berseri,Sahabat handai suka kemari.

Wikisource (CC BY-SA)
Budi & JasaSindiran

Dari mana tanam lenggundi?Lenggundi tanam di pintu raja;Cuma sahaya menabur budi,Budi ditabur terbuang sahaja.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kayu-kayu kering,Dipukul kambing mati;Cuping dengar bising,Tetapi menghibur hati.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Bersusun bunga lawi,Merak ditatang mambang gerda;Racun sudah tuan ketawi,Adat makanan orang yang muda.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Buah berembang masak ranum,Masak dipiram dalam gua;Kumbang lalu bunga tersenyum,Belalang seekor tumpang ketawa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Di tengah rumah pelita tersedia,Terang apinya sampai jendela;Kita manusia hidup di dunia,Hidup tak puas mati tak rela.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Jangan tuan suka berdusta,Api lilin menyuluh mata;Tuan laksana keris senjata,Buat mengamuk orang di kota.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Perahu payang patah kemudi,Ambil bangku bawa berenang;Tuan seorang yang baik budi,Sebab itu duduk mengenang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Kasih & Cinta

Kalau ia pergi senanti,Menempuh hutan senjata parang;Kalau ia cinta terhenti,Berkerat rotan berpatah arang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Angkat papan dari jawa,Sorek di mana ditukarkan?Angkatlah beban tuan bawa,Adik di mana ditinggalkan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rumenia masaknya layu,Masak terletak tengah carang;Hidup dunia kalau tahu malu,Tentu tidak dicela orang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Orang tidur berbantal lengan,Cincin di jari balut suasa;Tuan sebagai tajuk junjungan,Hendak dijunjung sentiasa.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Saya hendak menikam mengkuang,Terikam umbut mensiang;Saya tidak menyuruh pulang,Hari sudah berderang siang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Pucuk sembung selara muda;Kalau ya kasihkan kami,Carikan tombong kelapa muda.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Anak gajah di batu monggok,Aur duri arai-jemarai;Cerdik lang bingunglah ponggok,Kedapatan budi burung murai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Sungai genuk, sungai emak dulang,Ketiga dengan pulau keladi;Badan gemuk tinggal tulang,Menanggung rindu di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raden Galuh si bujang juhara,Sabung di kiri sabung di kanan;Sungguh jauh tidak ketara,Buahnya ada di sapu tangan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kahwin & Merisik

Padi dijemur di kebun hulu,Buat pancang kayu bergalah;Tuan beristeri saya tak mahu,Kalau bujang apa kan salah?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Melayu serupa keling,Masuk belayar negeri China;Sudah layu hampir kering,Nanti ketika jatuh ke tanah.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pucuk enau pucuk meranti,Pucuk kembang sekali dua;Rintik panau penambat hati,Bentuk kening membuang nyawa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga pandan di tepi paya,Tempat dewa raja sakti;Intan manikam terang bercahaya,Mercu gunung mahligai hati.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Ilmu & Belajar

Itulah tanda hampir meerat,Semang di hutan pandai menyurat;Bayan pandai membaca surat,Timur beralih sebelah barat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Padi setangkai dimakan tikus,Tikus pandak kuat berlari;Kalau pantai habis ditimbus,Barulah ombak sedarkan diri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Mari rendam biji selasih,Rendam mari dalam cepu;Alang susah bercerai kasih,Bagai anak bercerai susu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Sudah berbuah lagi berduri Itu bernama asam paya Sudah bertuah lagi berbudi Itu bernama orang kaya 755 Sian burung Sian,Sian mengingap kelopak jantung;Tuan tidak balas kesian,Tempat di mana saya bergantung.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & CintaAgama

Letuk-letak paruh enggang,Jatuh bertilam kulit pari;Duduk tegak tuan sembahyang,Antara sujud cintalah kami.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah kelerak buah kedangsi,Letak mari dalam dulang;Syurga dipandang asyik ditangisi,Mahu masuk ilmunya kurang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang menjahit di atas bangku,Jarum perak benang mastuli;Hairan ajaib di hatiku,Burung merak meminang nuri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Susun tikar berlipat-lipat,Tikar datang dari Boyan;Sungguh sepat pandai melompat,Manalah sama ikan haruan.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)