Pantun Pelbagai: Rumenia masaknya layu
Rumenia masaknya layu,
Masak terletak tengah carang;
Hidup dunia kalau tahu malu,
Tentu tidak dicela orang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Remenia masak nya layu,
Masak tletak tenga charang;
Idop dunia kalu tau malu,
Tentu tidak d’chela orang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Rumenia masaknya layu | a | 9 suku |
| Masak terletak tengah carang | b | 9 suku |
| Hidup dunia kalau tahu malu | a | 11 suku |
| Tentu tidak dicela orang | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.