Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Pisau kecil ulu gaiwang,Pakai anak panglima jati;Tuan senang pandai menimbang,Pandai sekali isyarat hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Berkait

Berangan besar di dalam padi,Rumpun buluh dibuat pagar.Jangan sak di dalam hati,Maklum pantun saya belajar.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Anjing menyalak di tepi kota,Hendak diadang rusa sekawan;Kalau sampai niatnya kita,Kubayar kaul puasa sebulan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Hempaskan mentimun dendang,Kerantung beri bertali;Lepaskan dagang nak pulang,Kalau untung ia kembali.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Ikat pagar di atas tanah,Tempat kuda memacu kuda;Orang luar bawa fitnah,Kasih menjadi porak-peranda.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pisau raut beruas emas,Candung berulu sendirinya;Di dalam laut janganlah cemas,Ombak berpalu dengan sendirinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kunyah-kunyah pepak pinang,Air sirih meleleh ke dagu;Orang tua nyanyuk hendak bertunang,Disurak orang tidak bermalu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Bugis menabur padi,Padi tabur di rumah raja;Setiap hari tabur budi,Budi ditabur sia-sia saja.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tukang campur banyak tembaga,Baru ditempa cincin suasa;Kalau sudah buah di rangga,Asam manis tak tentu rasa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Pisau wali buat peraut,Camca jatuh patah berdengung;Gila latah ikan di laut,Melihat umpan di atas gunung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah putat dari Kelantan,Asam gelugur dalam padi;Bukan saya pucat tak makan,Pucat rindu sehari hari.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Agama

Ambil pena tuliskan surat,Mari ditulis di atas batu;Dari dunia sampai akhirat,Badan dua menjadi satu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mentadak mentadu hijau,Bersarang di atas manggis;Adik berbaju hijau,Rambut terhurai dipandang manis.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik mandi berenang,Mati seekor di laut Malaka;Songket sudah menjadi benang,Saja nasib badan celaka.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang di dunia terlalu jahat,Sedikit mendengar ajaran orang;Leka terdiri di liang lahat,Barulah tahu tergolek seorang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Angkup janggut satu-satu,Jikalau kuat pedeh rasa;Hendak serkup tenguk dahulu,Jangan terkena ular yang bisa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mengkudu di hujung tanah,Dibuat ampaian kain;Nak berkubur kurang tanah,Nak sekafan kurang kain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Pasang getah di atas atap,Dipasang empat penjuru;Tidak dapat burung ditangkap,Saya hanyut petua guru.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan;Biar jauh di negeri satu,Hilang di mata, di hati jangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Ke piapung ke pulau arang,Di padang serempu jua;Sayang di kampung dilarang orang,Sayang di padang bertemu jua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Dua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang;Dua tiga boleh kucari,Manakan sama adik seorang.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisAdat & Bangsa

Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tepi kara;Yang jauh datang bertamu,Yang dekat datang berziarah.

Pantun Melayu tradisional
NasihatPerpaduan

Kalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional
Budi & JasaAdat & Bangsa

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Pantun Melayu tradisional
Jenaka

Orang Sasak pergi ke Bali,Membawa pelita semuanya;Berbisik pekak dengan tuli,Tertawa si buta melihatnya.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarMotivasi

Anak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & Belajar

Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarNasihat

Kuda hanuman dari Aceh,Dipacu lalu ke Indragiri;Tuntut ilmu muda yang bisai,Kerana ilmu kenalkan diri.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Budi & JasaNasihat

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Melayu tradisional
Budi & JasaNasihat

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarMotivasi

Kijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Kasih & CintaAgama

Kalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.

Pantun Melayu tradisional
AgamaNasihat

Tiga puluh genap bilangan,Buah masak di atas meja;Sudah terlepas dari timbangan,Sekalian umat masuk syurga.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Kasih & Cinta

Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.

Pantun Melayu tradisional
Adat & Bangsa

Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Pantun Melayu tradisional
Penutup MajlisKasih & Cinta

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun Melayu tradisional
AgamaNasihat

Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisKasih & Cinta

Tinggi-tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Sudah lama saya mencari,Baru sekarang kita mendapat.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisMotivasi

Berakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisIlmu & Belajar

Berburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun Melayu tradisional