Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Suka berendam bernama itik,Bulunya putih semacam raksa;Lain diidam lain dipetik,Kalau dimakan tak tentu rasa.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Patah cangai nabi usop,Patah di asam hujung padang;Jaga jaga angin nak tiup,Bunga layu boleh kembang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Anak kuda di tengah padang,Buah delima di dalam puan;Banyak muda sudah dipandang,Manakan sama dengan tuan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau berbunga buah bacang,Kena hujan timpa ke tanah;Jikalau tidak ribut berkencang,Kapal yang sarat susah ke sana.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Guruh berbunyi sayup-sayup,Orang di bumi semua bimbang;Jikalau ada angin bertiup,Adakah bunga sudi kembang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok nilam di dalam istana,Putik belimbing jentu-berjentu;Kelak malam kita ke sana,Jentik dinding, bukakan pintu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kota lama bertiang resak,Buat titi di jalan tambak;Bukankah tuan cempedak masak,Simpan di peti baru merbak.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kalau padi katalah padi,Jangan saya tertampi-tampi;Kalau jadi katalah jadi,Jangan saya ternanti-nanti.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lintang tali di tepi pantai,Cacak pancang ikat perahu;Sepuluh kali cari pandai,Kalau tidak berguru bilakan tahu.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Lumba-lumba di dalam padi,Tanam selasih di tepi pantai;Cuba cari ubat tak mati,Supaya kasih jangan bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak rakyat masuk berperang,Turun ke kapal berkawan-kawan;Tuan pandai orang terbilang,Di mana tempat asal cendawan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan yu;Untung saya untung tak baik,Laksana dendang dipuput bayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Che Hassan mengambil buluh,Bawa di kuala mengikat tali;Kalau daratan menjadi pulau,Pecah belah jauh sekali.
Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri SelatPaku Belanda berpapan peti,Dibawa orang dari Singapura;Jikalau ada simpan di hati,Jangan diberi orang ketara.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendakkan cantik,Gigi rongak galang-galang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah sentul masak di hutan,Sayang setongkol dicelah dahan;Tuan pukul dengan rotan,Saya nak pukul dengan cakapan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kilang samsu puteri di China,Tujuh-tujuh saudara betina;Bulan dengan matahari pelita dunia,Kita menumpang akan cahayanya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak hantu empat saudara,Sama ilmu sama teladannya;Hati sungguh tiada ketara,Minta bertemu ruas badannya.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Hitam-hitam si tampuk manggis,Kemuning gugur bunganya;Sungguh hitam dipandang manis,Putih kuning apa gunanya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga pandan tiga kelopak,Jatuh mari di hujung dahan;Barang sudah saya mengupak,Bagaimana boleh pulangkan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Anak betuk sebesar lengan,Bungkus mari sekayu kain;Sungguh buruk hati berkenan,Niat tidak pada yang lain.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kain kesumba baharu dicelup,Celup tak makan sebab tak balas;Hutan rebah jangan disusup,Dijangkit onak tengkuk melelas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang layang terbang berbuai,Jatuh ke puluh gangsa dua;Kasih sayang dicari boleh,Dua sejodoh jarang berjumpa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Ada satu anak Bugis,Di tepi bukit bikin perahu;Sungguh saya tak tahu menulis,Baca sedikit saya pun tahu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Jawa di Jeddah mengantar pulang,Separuh Surabaya separuh Semarang;Sahaja ku bawa lidah tak tulang,Pokok mahu percayakan orang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Induk ayam si ibu ayam,Istana jauh di pekan;Semua kita bercucu adam,Jangan kita menghinakan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Limau manis condong ke keling,Sudah ke keling, ke jawa pula;Hitam manis duduk menjeling,Sudah menjeling, tertawa pula.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ikan dimakan ikan,Ikan sia dalam tuar;Tahu makan, tahu simpan,Rahsia jangan dibiri keluar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik Ali masak rempah,Kupas kelapa tumbang tumbuh;Ketika cari payah berjumpa,Sudah lupa dapat bertemu.
Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri SelatBaik-baik tuan menarah,Jangan tertarah ke kaki cendawan;Baik-baik tuan menggetah,Burung terbang ke kaki awan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Suka makan orang di dalam,Kembang selasih air di cawan;Sudah dicari sekalian alam,Di pusat tasik tumbuh cendawan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Si rangkak di atas bukit,Patah sompek tulang dadanya;Tuan tahu berhati sakit,Tiba di orang apa rasanya?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Inche Ali pergi ke hutan,Jumpa merbuk berkawan-kawan;Ke sana sini tidak berkeruan,Sebagai orang mabuk cendawan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Dari piapung ke periaman,Singgah menanam ubi keladi;Tinggal kampung tinggal halaman,Tinggal kasih yang baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada seekor burung gagak,Petang-petang terbang ke hutan;Bukan angin jadikan ombak,Dia keruhkan satu lautan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Lagi Klang pergi patani,Singgah petik bunga berangan;Alang ajaib di hati kami,Barang aku lepas di tangan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ada suatu anak kelasi,Baharu sekarang menjadi juragan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Sesat di rimba jatuh ke hutan,Hujung tanjung Telok Perapat;Besar hati berjumpa tuan,Bagai gunung saya dapat. 1 Apr.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Limau ini limau lalang,Buat mandi bulan purnama;Harimau mati tinggal belang,Manusia mati tinggalkan nama.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Selasih ditolak tidak,Ribu-ribu makanan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun bertemu juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayak pasir jatuh melayang,Buah pidada di Tanjung Jati;Siapa kata saya tak sayang,Sayang tak sayang di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kalau tuan mengail ikan,Jangan mengail ikan sepat;Bukankah dahulu saya berpesan,Pokok berduri jangan dipanjat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung terbang di ruang angkasa,Jatuh ke laut lalu tenggelam,Jangan sekali membuat dosa,Wahai umat beragama Islam.
Wikisource (CC BY-SA)Dari mana datang lintah,Lintah ada di sawah padi;Dari mana datang cinta,Dari mata terus ke hati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang berkubu anak-beranak,Bawa kulit masuk Melaka;Tuntut ilmu banyak-banyak,Buat mendinding api neraka.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak pari anak berludu,Anak beranak berkawan-kawan;Bidadari puteri tujuh,Berjumpa anak mambang di awan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Entah rebung entah tombak,Permainan anak raja yaman;Jung di laut lagi kurompak,Inikan pula di tengah laman.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa guna pohon lada?Sudah ada pohon betik;Apa guna raja kecil muda?Sudah ada muda cik cantik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Emas sirih di atas tikar,Isi dikopong mari disimpan;Saya bagai burung di sangkar,Rindu nak makan buah hutan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Tanam selasih jangan tinggi,Kalau tinggi berdaun jangan;Kasih sayang jangan pergi,Kalau pergi tertahun jangan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Jumaat zohor bakar kemenyan,Selalu hendak jalan di hutan;Sungguh masyur buah durian,Kalau tak hendak tidak dimakan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Cik siti bermain panah,Panah burung terbang ke awan;Saya laksana isau yang lemah,Sebarang dihiris tiada makan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Andoman monyet kesakti,Anak dari si raja rama;Manja dengan besar hati,Diturut badan mati bersama.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pisau raut berulu emas,Entah di mana dibawa orang;Ombak laut saya tak cemas,Kononlah pula ombak kubang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak Burma pergi ke China,Bawa utusan masuk ke bandar;Begitu lama belum terkena,Baru sekarang merasa sedar.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Orang menjala berbekal minyak,Singgah membeli bunga rampai;Jikalau ingat terlalu banyak,Kerap-kerap jadi tak sampai.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Tanam anak bida dari,Encik abang lalu berkuda;Hendak didengar cerita nori,Bulu bercampur ijuh muda.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Masuk ke rimba hutan duri,Jumpa harimau duduk mengeram;Apa dosa hamba ini,Dikelar badan dibubuh garam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jikalau pasang air di laut,Mahukah tuan bersama mandi?Jikalau datang ajal dan maut,Mahukah tuan bersama mati?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Begini baju begitu baju,Potong selai panjang lima;Begini malu begitu malu,Apa datang saya terima.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)