← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Paku Belanda berpapan peti

Pelbagai Klasik

Paku Belanda berpapan peti,

Dibawa orang dari Singapura;

Jikalau ada simpan di hati,

Jangan diberi orang ketara.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.

Paku blanda berpapan peti,

Membawak orang deri Singora;

Jikalu ada simpan di hati,

Jangan di kasi orang ketara.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Versi lain pantun ini

Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.

Paku Belanda berpapan peti,

Dibawa orang dari Singora;

Jikalau ada simpan di hati,

Jangan diberi orang ketara.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931) · didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Paku Belanda berpapan peti a 10 suku
Dibawa orang dari Singapura b 11 suku
Jikalau ada simpan di hati a 10 suku
Jangan diberi orang ketara b 10 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa