Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Adat & Bangsa

Makan sirih carik-bercarik,Makan pinang sepah diludah;Kalau asal bangsa tak baik,Dijulang tinggi menjadi rendah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terang bulan di tengah laut,Makan angin di Tanjong Katong;Saya laksana perahu hanyut,Mencari pancang tali gantung.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Budak-budak gulung benang,Gulung mari di tepi paya;Orang hidup semua mahu senang,Kalau tak boleh apakan daya.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Bila ke seberang hujan pun rintik,Rintik habis basah buminya;Bukan cantik sebarang cantik,Cantik dengan budi bahasanya.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Kasih & Cinta

Layang-layang kertas putih,.Budak-budak bermain tembak;Kasih sayang dengan cik utih,Laksana perahu membuang ombak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bugis lapoh Jawa Semarang,Makan gaji tuan Belanda;Kalau nak ikut bicara terang,Masa diri berporak-peranda.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Patah genggung di panggung,Patah gunting tuan letakkan;Tuan dapat pagar tenggalung,Lancang kuning tuan campakkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa merah di dalam kebun?Bunga nenas susun puteri;Jangan harap kepada embun,Ke luar panas gugurlah ke bumi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Arab menjaja gunting,Mahu dilentur patah tiga;Jangan harap nak makan daging,Jikalau ada sayur jadi juga.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Cupu perak bersadol emas,Mari diraut tukang cek Abas;Ikan di darat selalu lemas,Ikan di laut yang boleh bebas.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ditinun kain dengan kapas,Bermacam-macam warna ragi;Perahu lilin layarnya kertas,Berani kulanggar lautan api.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Kayu ditikam rabit bibir,Budak-budak bermain sagur;Penyu pandai kimbah pasir,Hendak menghilang bekas bertelur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pandai pandai membawa api,Jangan terbakar pintu langsai;Kalau pandai membawa hati,Boleh lama kita berkasai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Pohon beringin tepi kolam,Daunnya bertabur sana-sini;Rasa dingin keliling alam,Daun bersebar di pagi hari.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Kasih & Cinta

Kalau tuan mencari lokan,Lokan dicari dalam raga;Bukan tuan sayangkan umpan,Ikan menipu, makan sahaja.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kapal berpaling lautan cina,Sebab mengilai angin timur;Cakap malim kapitan tak terima,Sebagai ikan terkena jemur.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kalau kita hendak bertebu,Tanamlah tebu lonjong;Kalau kita hendak bertemu,Buleh nanti di hujung tanjong.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sumpit beras bergulung-gulung,Bawa orang pulang ke haji;Jikalau ku lepas api di gunung,Tentulah rata sama sekali.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Terbang bayu sebuah negeri,Jatuh terselit di pangkal kayu;Kalau tahu membawa diri,Mana boleh menanggung malu.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Mahu malam rupanya hari,Orang menjahit dengan pelita;Pandai-pandai membawa diri,Banyak orang kasihkan kita.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pagi-pagi awan berlari,Bintang sebiji membelah bukit;Kalau dapat gambar di hati,Dunia dipandang tinggal sedikit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hantu beranak di lesung besi,Mati disambar helang tembaga;Tuan laksana penuh diisi,Itu membuat hati ku gunda.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Encik Yahya main pedang,Mahu memancung orang di kota;Cahaya bulan bertala terang,Mana sama api pelita.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Mangga mempelam masak di lumpur,Beri makan permaisuri;Mulut meriam sudah ku tempur,Ini kan pula hutan berduri.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Berderap-derap bunyi papan perahu,Tarik layar di sebelah kiri;Jangan selalu harapkan guru,Mahu juga belajar sendiri.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Orang di tanjong tanam delima,Dia berbuah jarang-jarang;Biar terbang unggas ke mana-mana,Unggas yang mana lupakan sarang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Hilir labuh mudik labuh,Akan jinjing sarang tempua;Huraikan rambut panjang labuh,Akan payung kita berdua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bertanak segantang mentah,Kenidi kayu apinya;Sudah hilang jarum patah,Canai halus akan gantinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rumah besar berkisi-kisi,Belanda mabuk dua tiga;Cakap jangan dihabisi,Besar rambut ditinggal juga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Belayar masuk kuala kedah,Patah tiang timpa kemudi;Sekuntum bunga terlalu indah,Sekalian kumbang asyik berahi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Kalau adik pandai menorang,Cobalah torang pinang di parit;Kalau adik pandai membilang,Cobalah bilang bintang di langit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berjalan pergi ke tambak,Tengok orang lalukan Kuda;Musim buah durian pun banyak,Buah manggis ku simpan muda.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Lima belas hari bulan rejang Ikan,Ikan gelama kena di luka;Adinda seperti permata intan,Mungkin dipandang bertambah suka.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang berjalan laki bini,Hendak mengail di olak jamban;Dosa apa ditanggung ini,Terlalu susah rasanya badan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ambil gantang sukatkan minyak,Taruh jual dalam kedai;Sudah bertentang orang yang banyak,Harga manikam susah dinilai.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Lagi hujan baiklah panas,Boleh saya menjemur padi;Lagi intan baiklah emas,Supaya senang menjual beli.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Goyang loceng hari petang,Angkat makan dalam istana;Saya laksana lempeng terbuang,Orang yang sesat baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bacang masak empelam manis,Makanan anak bidadari;Bintang teresak, bulan menangis,Hendak bertemu si matahari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik ayu menembak beruk,Mati seekor di celah dahan;Saya umpama kayu buruk,Buruk di panas reput di hujan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Berkokok ayam di banting,Bersahut ayam di kuala;Sirih ditebuk dengan gunting,Pinang dibelah dengan suara.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Makan sirih makan tembakau,Urat kapis di tengah jalan;Kasih laksana main pakau,Pandai melapis daun sembilan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Muda mu ini anak siapa,Seperti singkek negeri China;Ikut resmi pokok kelapa,Kalau nak pakai semua berguna.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Encik Daud berbaju songket,Bawa orang dari Terengganu;Ikan di laut asam di bukit,Lambat laun menjadi satu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Orang haji berbaju jubah,Duduk sembahyang dalam perahu;Hati saya tidak berubah,Hati tuan saya tak tahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang di ladang berumah atap,Buat dinding dua serupa;Pancang kita pancang tegap,Apalah takut digoncang gempa.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Dari teluk menyeberang ke pulau,Burung terkukur terbang ke pantai;Laksana kodok ditimpa kemarau,Riuh berketur hujan tak sampai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & CintaAgama

Mesjid di lubuk lawang,Ukiran papan si malim muda;Palang payah mencari sayang,Rasa gugur iman di dada.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Inche Usop tok bandar padang,Pergi ke laut memancing todak;Benang kusut puncaya hilang,Surat terbentang dibaca tidak.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang Arab jual merajan,Masuk ke Rimun beli lada;Jangan harap kasih hujan,Kasih embun sari pun ada.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pulau katak penudung pangkur,Pangkur penudung pulau sembilan;Bagai dilitak, bagai diatur,Bagai cincin permata silan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kepaya di darat rumah,Uratnya bertindih-tindih;Orang kaya duduk di rumah,Datang orang tak menyirih.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Pisau raut jatuh ke tanah;Kalau ya kasihkan kami,Empangkan laut sebingkah tanah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik ali turun ke paya,Sampai di paya menebar jala;Letih lesu tiada berdaya,Seperti disumpah betara kala.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Selasih di tepi pintu,Tanam mari di kebun China;Saya berkasih bukan begitu,Sebagai abuk kasihkan tanah.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Berkait

Terus tersenyum bunga tiada malu,Karna memang di dunia itu tugasnya,Kotor hati jadi langsung mengguru,Beta jadi bingung mau jalan kemana.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Telur cicak dua serangkai,Sayang serangkai di lubang papan;Laksana bunga layu di tangkai,Banyak kumbang mati Berangan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Datang tanglung di bawa rumah,Hendak mencari orang mati;Saya tanggung sudah lama,Pengharap diri ternanti nanti.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang berjalan ke Bandar Sari,Tengok kerbau mati tertambat;Begitu lama saya cari,Baru ini serasa dapat.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tiba di kuala pecah perahunya,Jurumudi menyorong sampan;Sampai di kepala pecah baunya,Tujuh hari saya tak makan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Cendawan di atas pintu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan awan sehelai baju.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)