Pantun Pelbagai: Encik Yahya main pedang
Encik Yahya main pedang,
Mahu memancung orang di kota;
Cahaya bulan bertala terang,
Mana sama api pelita.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Inchek Yahya main pedang,
Mau memanchong orang di-kota;
Chaya bulan bertala terang,
Mana sama api pelita.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Encik Yahya main pedang | a | 8 suku |
| Mahu memancung orang di kota | b | 10 suku |
| Cahaya bulan bertala terang | a | 10 suku |
| Mana sama api pelita | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.