Pantun Pelbagai: Berderap-derap bunyi papan perahu
Berderap-derap bunyi papan perahu,
Tarik layar di sebelah kiri;
Jangan selalu harapkan guru,
Mahu juga belajar sendiri.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Bedrap-drap bunyi papan prau,
Tarek layar di sebla kiri;
Jangan slalu harap-kan guru,
Mau jugak blajar sendiri.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Berderap-derap bunyi papan perahu | a | 12 suku |
| Tarik layar di sebelah kiri | b | 10 suku |
| Jangan selalu harapkan guru | a | 10 suku |
| Mahu juga belajar sendiri | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.