Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

BerkaitSindiran

Pergi ke pantai menjala ikan,Ditebar dapat alu-alu;Sanak bukan, saudara bukan,Hampir ke mari tidakkah malu?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & Jasa

Pisang emas bawa ke bentan,Masak sebiji di atas panggung;Hutang emas berganti intan,Hutang budi badan menanggung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari barat pergi ke Langat,Anak Acheh dari seberang;Membalas surat tanda beringat,Supaya kasih jangan renggang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Adat & Bangsa

Kain batik berbaju batik,Pakaian anak raja semarang;Encik laksana perangai itik,Makan menyudu di longkang orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Suka-suka berladang rimba,Naik batang turun batang;Suka-suka berlaki tua,Perut kenyang pengajar datang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Gesek rebab petik kecapi,Burung tempua mengangkut sarang;Apa sebab jadi begini,Karam berdua basah seorang?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berarak dari hulu,Sampai hilir hari pun malam;Perahu sarat fikirkan dulu,Jangan gelombang takut tenggelam.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kerbau balar lalu sekawan,Hendak bertanduk di pangkal mayang;Hariak Engsoon emas tempawan,Cinta birahi hatiku sayang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Adat & Bangsa

Seluar sutera beli di kedai,Pakaian anak raja melayu;Saya laksana mawa di julai,Menantikan embun di daun kayu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sama tengah lubang jarum,Cucuk budak adu-beradu;Sungguh bunga baunya harum,Musimnya tidak kembang selalu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Gulama ikan dikarang,Kail oleh anak Serani;Makan lama bertambah kurang,Sebagai air pasang perbani.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
SindiranPelbagai

Yang mana serang mana kelasi?Mana satu jadi juragan?Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Saya ke rumah cik tahir,Lihat orang angkat jerami;Encik laksana kiambang di air,Akar tidak berjejak ke bumi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Keretup-keretip bunyi menempa,Tempa pending kerawang bertingkat;Dalam sulit datang berjumpa,Niat di hati hendak mengelat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kunkuma cinana wastu,Teras di dalam istananya;Sekuntum bunga di gaung batu,Dihadap naga tujuh chulanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak muar pasang mercun,Titian papan di dainya;Tuan semua memakan racun,Kepada saya datang maboknya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cik ali orang di kota,Turun ke bendang makan padi;Alangkah karut tuan berkata,Belah dada melihat hati!

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kelat layu lebat sedahan,Sayang selasih di Tanjong Jati;Banyak malu boleh ku tahan,Bercerai kasih rasa nak mati. 25 Mar.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Binatang landak badan berduri,Hendak makan durian bertangkai;Ombak membanting setiap hari,Bertambah putih pasir di pantai.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Masuk perang di negeri Inggeris,Raja di dalarn istananya;Bukan mudah surat ditulis,Letak kalam ada maknanya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Enam hari bulan rejang kerbau,Kerbau sekawan makan lempoyang;Adinda bangun berpeluk tubuh,Fajar menyengseng hari hendak siang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kumbang nyiur kumbang bertanduk,Makan umbut sampai ke pucuk;Orang bengkeng suka merajuk,Datang si bebal hendak memujuk.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik jamal mudik ke bentung,Singgah melelai pucuk perepat;Nasibnya badan tidak beruntung,Ikan di gulai habis melompat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Serindit digonggong helang,Jatuh di logok Inderagiri;Dagang terselit di kampung orang,Mahulah tahu membawa diri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Encik Ali membelah buluh,Anak beranak duduk maraut;Kalau negeri menjadi pulau,Lama-lama hanyut ke laut.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Burung belatuk baharu bertelur,Telur ada dalam gua;Abang mengantuk marilah tidur,Bantal satu kita berdua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Inche tolan layar perahu,Baru sampai laut pertani;Cakap pipit balam tak tahu,Jerat angkau sangka bagi jerami.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tetas atap jatuh melayang,Tetas mari bulan puasa;Jikalau ingat zaman sekarang,Orang yang mana tidak berdosa.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Asal bernama titisan akar,Hilir bermalam di bandar sungkai;Termenung kumbang atas akar,Bunga berayun bertolak tangkai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam denak dalam belukar,Ada susuh cula tupai;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh mula mengintai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah mengkal dari hulu,Jatuh di hutan petak serai;Kita bersoal biarlah dulu,Mari kita makan sirih.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Kajang di hutan kajang berlipat,Kajang dibuat bengkuang layu;Dagang tuan dagang bertempat,Dagang saya terbuang lalu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Kahwin & Merisik

Dari teluk ke pantai lima,Orang berjalan laki-bini;Cium peluk saya terima,Jalan jahat jangan sekali.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Teluk sungai di Kuala Daik,Tempat orang kail gelama;Suka disemai benih tak baik,Jikalau kembang tentu tak lama.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Jung di laut baharulah,Sudah dipakal di dapisi;Bawa kembali ke rahmatullah,Badan terhantar ditangisi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil kelapa dimasak minyak,Perah santan di dalam kuali;Nuri di sangkar lagi jinak,Murai di rimba apatah lagi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Perawan Daik jalan bertudung,Jalan mari di kampung Melayu;Bicara baik tentu terlindung,Maksud diri siapa tahu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Laksamana pergi memikat,Dapat seekor anak balam;Sungguh kecil sampan pukat,Berani belayar lautan dalam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mati dipanah serta mungunggup,Gunung Terlalei nampak terbentang;Tuan laksana perahu bertutup,Turun di air banyak yang tumpang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Petik-petik sayur kangkung,Ikat mari dengan tali rotan;Bukankah jelatik burung di kampung,Mana mahu terbang di hutan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Perahu Acheh dari seberang,Singgah menambat di Tanjong Jati;Jikalau tumpang kasih orang,Tentu tak boleh berkehendak hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Rumah besar diguncang bayu,Atapnya ijuk, dindingnya papan;Tuan seumpama kain baju,Tidak luput dari badan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari Kediri ke pangkal rama,Singgah ke taman ke Majapahit;Saya pegi tidaklah lama,Genap sebulan nanti ku balik.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Rumah pasung tanah merah,Nampak dari pangkalan rama;Emas dilancung memang merah,Haram tak boleh dipakai lama.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Berapa tinggi gunung Gemas,Tinggi lagi gunung Melaka;Berapa tinggi harga emas,Tinggi lagi taksiran mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Hujan turun rintik-rintik,Orang berkajang dalam perahu;Saya laksana bintang keridik,Berkubang di pasir habis berdebu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke Daik,Pesankan saya tudung saji;Kalau tuan menjadi baik,Saya menumpang bersuka hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang batak bermain pedang,Burung terkukur terbang ke kebun;Saya umpama katak di padang,Penat berketur, hujan tak turun.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Singapura bernama selat,Selat bernama negeri baharu;Pura-pura tidak dilihat,Hati di dalam bagai digaru.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak kumbang terayap-rayap,Mari disambar anak turki;Hendak terbang tidak bersayap,Hendak hinggap tidak berkaki.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dipagar anak bida dari,Tanam anak sultan di hutan;Mendengar pantun burung nuri,Entah ya entah kan bukan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Hari-hari masuk ke taman,Kiri kanan pandangan bunga;Sial tangan malang tangan,Di dalam tangan orang punya;

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Memepelam tumbuh tepi keramat,Ditanam oleh anak melayu;Tanda dunia hendak kiamat,Tinggi rumput dari kayu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Besar kota di tanah rata,Anak kucing terlari lari;Pandang mata bukan buta,Dengar kuping bukan tuli.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Bunting gaioh sembilan bulan,Mengidam makan sayur keladi;Sudah jauh bertambah rawan,Kasih tidak diubah lagi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cik baris menjunjung bangkai,Mari ke mari saya umpukkan;Nak menengok emping bertangkai,Mari ke mari saya tunjukkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik lebai naik ke bukit,Tempat cenuram potong kayu;Orang kebal luka kulit,Remuk di dalam haram tak tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Riuh rendah di tengah padang,Bunyi gendang di Tanjong Banku;Banyak sudah muda dipandang,Tuan seorang timbangan jiwa ku.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pergi ke darat mengetam padi,Pecah batang carik-bercarik;Jikalau kena isyarat kami,Adik mudik kuputar balik.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sapu tangan pelekat hijau,Mari terletak di atas tangga;Luka tangan disibabkan pisau,Luka hati disibabkan kata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)