Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Agama

Anak itik sukadana,Makan berulam pucuk kumpai;Tidur berulit dengan rebana,Tarikkan nyanyi, timang buai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada suatu tengah malam,Indera sakti keluar berperang;Rakyatnya habis sekalian alam,Tinggal menteri Andoman seorang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Pokok pinang jangan direpih,Luruh tampuk seludang mayang;Orang muda jangan berkasih,Kalau kasih tinggal tunang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pisau raut hilang di rimba,Buat peraut sangkaran balam;Karam di laut boleh ditimba,Karam di hati dunia karam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Berbau asamnya cuka,Saipak raga di tepi kota;Siapa mahu menanggung susah,Hukum Allah terimalah kita.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Takkala radin ke seberang,Hari panas ke kuningan;Suka kumbang lagi melayang,Mari bermain bunga di taman.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
AgamaAdat & Bangsa

Raja rum sembahyang subuh,Terendam pucuk gelegata;Tersentuh kulit, cium tubuh,Di dalam batin terlindung jua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gilang gemilang,Air pasang tenang tenangan;Budi sedikit bila kan hilang,Itu menjadi kenang kenangan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Seri Rama raja di Tasik,Sayang tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tetak kayu membuang duri,Petik keluar dengan carang;Suka kita menabur budi,Baru boleh dikenang orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pasang terkukur di hujung kebun,Tanam padi di tanjung keling;Makan bubur bercampur racun,Habis nyawa badan terguling.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Koyak kasa di kait bambu,Garam setahil bawa ke hutan;Gunung terbakar menjadi habu,Kering air satu lautan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke laut,Pesan saya ketam jantan;Kalau tuan menjadi pulut,Saya menjadi kepala santan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bukan hujan dari bota,Hujan datang dari bukit;Bukan uban membawa tua,Uban datang dari penyakit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun delapan,Mati seekor tinggal tujuh;Di situlah banyak kapal beragan,Anak kelasi habis gaduh,

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jumpa sultan anak di jawa,Tombak bersilang panglima berempit;Berkilatan sudah padi di sawah,Sekalian lolang disambar pipit.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pokok kapas dalam kampung,Anak siam memetik bunga;Saya laksana lipas kudung,Peti buruk tempat diamnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Makan sirih berpipang tidak,Pinang ada dari melaka;Makan sirih mengenyang tidak,Tegal di budi dengan bahasa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Selama ditebang akar lembayan,Jatuh ke tanah menggari batu;Sudah terbang burung bayan,Tinggal meremuk murai batu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Singgah menjual anak China,Kara kara di dalam dulang;Jangan gusar saya bertanya,Berapa perkara permintak dagang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang awa pergi ke tanjung,Singgah membeli beras pegu;Tuan laksana cempedak mambung,Pulur sahaja, jual tak laku.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Jawa menjual cepu,Cepu berisi bunga rampai;Besar hawa dari nafsu,Langit tinggi mahu dicapai.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Adat & Bangsa

Orang daik pulang ke daik,Anak angsa terenang-renang;Buat baik tak dapat baik,Sahaja bangsa tiada mengenang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pijak tiang kayu bergolek,Anak bengkarung jarinya lima;Sungguh kecil sampan kolek,Tahan diarung lautan china.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Bukit Pancung perigi raja,Ketiga dengan air puteri;Hati hancur badan sengsara,Tempat di mana hanyutkan diri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tuang kopi campur susu,Kurang manis tambahlah gula;Jangan diturut hawa nafsu,Kalau tak mati separuh gila.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Gajah sekawan di tengah padang,Kena dijerat lalu mati;Adinda seperti bulan dipandang,Rasa terikat di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Adat & Bangsa

Ada bidak pengiring raja,Mengemat raja, tak dapat diempit;Saya tidak khabarkan sahaja,Alamat hati sahaya sakit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
BerkaitKasih & Cinta

Terbang hinggap di pohon raman,Disambar paksi burung dewata;Entahkan balik akhirulzaman,Sudahlah nasib pertemuan kita.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Batang pinis dalam puan,Ambil sekam dalam paya;Yang manis makanlah tuan,Mana masam tinggalkan saya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pisang emas di tepi telaga,Masak sebiji mari kurasa;Tuan emas saya tembaga,Campur gaul jadi suasa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Padang tamu pasang luka,Dapat seekor ikan bangbangan;Bertamu sudah sama yang suka,Bagai bunga kembang di tangan. 1 Apr.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Orang menjala di tepi kuala,Dapat seekor ikan pelata;Tuan seorang buntat gemala,Kakanda nak buat cermin mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada seekor burung merak,Lehernya panjang suaranya serak;Tuan umpama emas dan perak,Hati yang mana boleh menolak?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kapal belayar pergi ke Jambi,Singgah berlabuh hari Jumaat;Minta doa tuan yang pergi,Di mana sampai boleh selamat. 4 Mar.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Cempedak dua namanya,Buah lempata di ruang jalan;Kalau terkenang sebut namanya,Air mata dibuang jangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pijat berseru di tengah medan,Memegang tombak meminta lawan;Terkejut singa di dalam hutan,Geroda lari ke kaki awan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kerbau mandung menyusu anak,Pulang ke rumah kelaparan;Sungguh terlindung burung yang banyak,Dengar suara boleh kenalkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di kuala daik;Budi jahat lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buluh sumpitan dari Macassar,Hendak disumpit burung barau;Lautan kering gunung berkisar,Baru sedar musim kemarau.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Turun di taman baharu dipetik,Anak merak terbang melayang;Cahaya sungguh bintang pelantik,Bintang timur pengarak siang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Inche Minah dalam perahu,Sarat dimuat batang pisang;Sungguh minyak naik akan bau,Sukat kucampur jebat musang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tengah telaga, keliling pagar,Dalam kolam pohon bunga;Saya umpama jelaga damar,Hendak dituam baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Chau Pandan anak Bubunya,hendak menyerang kota Melaka;Ada cincin berisi bunga,Bunga berladung di air mata.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Jalan di hulu pelompatan,Sayang durian gugur bunganya;Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian apa gunanya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Bunyi apa tengah malam,Kuatnya beduk dari hulu;Sebelum Allah tempahkan Adam,Tersurat sudah terlebih dahulu.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Ayam burik kelabu hintang,Tertambat ke limau manis,Kalau mudik hari dah petang,Bentanglah tikar duduk menangis.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang cantik kulitnya halus,Berjalan-jalan dengan isterinya;Kalau pandai petik gambus,Tiada sumbang tali bunyinya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Budi & Jasa

Berbelok di tanjung beringin,Kemudi patah dilentur;Elok orang hati tak ingin,Budi bahasa hatiku hancur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ikan selangin berumpan siput,Dapat seekor tenggiri batang;Bicara angin jangan diikut,Nanti surut membalik pasang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Bagaimana siput nak mandi,Tuju teluk airnya tenang;Kalau tahu isyarat hati,Seumur hidup merasa senang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kalau patah dahan durian,Tersandar mari dahan lempata;Kalau ada untung kejadian,Kalau tidak main mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Pecah pukat dilanggar ikan,Ikan bernama si jaring gigi;Hilang buntat, berganti intan,Intan bernama payung negeri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari Langkat pergi ke Daik,Serai kerakap dicabaikan;Jikalau ada niat yang baik,Mudah-mudahan Allah sampaikan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke darat,Singgah petik daun lengkuas;Jangan tuan terlampau sangat,Berjumpa buku dengan ruas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Medang ini medang kemangi,Burung cempaka membuat sarang;Sekuntum bunga kembang wangi,Habis layu di serang kumbang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah nanas kerat melintang,Bijan bercampur benih padi;Kusangka panas sampai petang,Tak tahu kan hujan sekerat hari.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Turun Kediri ke pangkal rama,Batang kelapa berjulang api;Tuan pergi jangan lama,Tiada siapa hiburkan hati.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Segan saya ke bilik cina,Cina ada menulis awan;Segan saya mencium bunga,Bunga dicium serasa tuan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Laksamana berbaju besi,Masuk ke hutan memotong rotan;Tuan laksana lembu kembiri,Galak sahaja tiada melawan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)