Pantun Pelbagai: Orang Jawa menjual cepu
Orang Jawa menjual cepu,
Cepu berisi bunga rampai;
Besar hawa dari nafsu,
Langit tinggi mahu dicapai.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Orang jawa menjual chepu,
Chepu berisi bunga rampai;
Besar hawa pada nafsu,
Langit tinggi mahu di chapai.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang Jawa menjual cepu | a | 9 suku |
| Cepu berisi bunga rampai | b | 9 suku |
| Besar hawa dari nafsu | a | 8 suku |
| Langit tinggi mahu dicapai | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.