Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Kedondong batang sumpitan,Batang padi saya lurutkan;Tujuh gunung sembilan lautan,Kalau tak mati saya turutkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak pelset di atas carang,Terbang menghinggap ke muncak rumah;Kerana sakit alang kepalang,Menanggung harap sudah lama.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Berapa tinggi pokok pisang,Tinggi lagi asapan api;Berapa tinggi Gunung Ledang,Tinggi lagi harapan hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Cakapan pelat orang petani,Mari ke tanjung hendak membeli;Bodoh kurang faham erti,Kambeli dikata permaidani.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Anak raja keluar beralas,Cantik bersunting bunga mempelas;Tuan laksana kain antelas,Cantik manis pandangan jelas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kuih bolu dalam hidangan,Kasi makan raja yamtuan;Kalau rindu apa pandangan,Kain bekas diambil tuan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam didik patah kaki,Mari balut keladi hitam;Diam pesolek tiada pegari,Hati di dalam duduk merekam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik Esah menanam padi,Tanam mari di sawah cina;Jangan suka mahu berbudi,Dalam budi kerap terkena.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Budi & Jasa

Kapal belayar dari arakan,Ambil gaji jadi jemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kapal belayar menyongsong arus,Aluan menuju menyongsong pantai;Tuan laksana songket yang halus,Kala membeli menang memakai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tarik pauh di tengah padang,Orang menumbuk lalu mengangin;Langit hangus bumi terpanggang,Di dalam lubuk helang bermain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Tanak nasi si polan-polan,Makanan anak si raja ali;Nak mati berpayung bulan,Nak berkubur di matahari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Batu kawi buat pengasah,Buat asah parang candung;Buatan salah duduk menggelisah,Dosa tak boleh dapat ditanggung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung haji terbang ke haji,Tiba di haji makan padi;Jikalau siapa memungkir janji,Tidak selamat di mana pergi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Berkait

Burung nasur terbang ke Padang,bulunya lagi jatuh ke Patani,Banyak muda sudah kupandang,tiada sama mudaku ini.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sudah kahwinkah belum,Seperti bunga sekuntum;Cakap sedikit tersenyum,Baru sedap dicium.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Banyak helang di Kuala Achay,Pandai menyambar ikan di pukat;Banyak orang sudah ku kasai,Tuan seorang hati terikat.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Anak Keling dua beranak,Masuk ke hutan pergi menebang;Burung dipelihara kalau tak jinak,Bukakan sangkar biarlah terbang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sandar-menyandar di batang pinang,Timpa-menimpa di batang padi;Tembak dengan peluru pertunang,Kena tak kena, ular pun mati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Radin galuh sedang bergunting,Nama bergelar carang kelana;Sungguhpun jauh serasa damping,Hati di dalam gundah gulana.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Tiup api panggang tilan,Anak raja pulang menjala;Hidup mati di tangan tuan,Adik tidak banyak bicara.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ke mana terkemas-kemas?Hendak pergi ke pajak pantai;Jangan abang menaruh cemas,Tiga hari iddah kan sampai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hujan rintik cahayanya redup,Batang kelaici dalam perahu;Sungguh cantik kain dicelup,Sukat cuci baru kan tahu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang berjalan adik dan kakak,Singgah beli bunga rampai;Mengidam saya buah yang masak,Apakan daya musim tak sampai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Mayang terendam di pusat tasik,Pusat tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & Belajar

Sekali-kali tiada disangka,Semang dan hudai pandai seloka;Apatah lagi kera dan ungka,Bertandak menari bersuka-suka?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jumpa lubang di tempat berkubang,Anak kerbau di tengah padang;Perahu kecil muatan kurang,Biasa tempuh dalam gelombang. Tamat PAGE \* MERGEFORMAT 14.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Sayur labu ditumis hangit,Makan mari anak Semarang;Ratus ribu bintang di langit,Bulan satu lebihnya terang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Durian daun dari hulu,Dapat setangkai kebun Encik Yahya;Tujuh tahun ku hadap guru,Kalau tak pandai apakan daya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Bakul udang di dalam duri,Anak itik digonggong kucing;Dapat bunga kaca puri,Dapat boleh dibuat sunting.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kait-kait batang kundur,Ketiga dengan batang bidara;Bukankah baik kita hundur,Asal jangan jadi perkara.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pegaga isi di gandung,Gonggong mari adik-beradik;Orang berniaga niat mahu untung,Kalau berkasih mahu yang baik.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pucuk nipah kelibatan,Terletak mari di tepi pantai;Biarlah rosak di dalam pelipatan,Jangan rosak kena pakai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mempoyan di tengah jalan,Nampak jua rimbun daunnya;Dua malam abang berjalan,Nampak jua timbung dayungnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Laksamana menama lontar,Lontar di pana empat puluh;Sekian lama mayat terlantar,Menanti kan kapan pembungkus tubuh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Banyak labuh sampan pukat,Ikan seekor haram tak dapat;Senjata tuan, senjata berkarat,Sebelum di asam, sudah berkilat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Samarang tanam padi,Tanam kelapa jarang jarang;Cinta sayang di dalam hati,Tidak siapa tuan seorang.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Anjing besar dari Jawa,Hendak kejar rusa lalu;Adinda mari berjamah nyawa,Buat ubat hatiku pilu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Tebang penak tebang meranti,Tebang pulai condong ke jalan;Di mana semak di situ menanti,Bagai punai rindu sekawan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ini hari hari minggu,Bunyi meriam pukul satu;Bagaimana hati tak pilu,Ayam berkokok lagi berlagu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ke laut membeli ganja,Ganja ada lautan api;Kalau hidup jadikan juga,Kalau mati luar janji.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ikan kedera dimasak pindang,Tak burung sisik, cabut insang;Susah dagang bukan sebarang,Letih lesu menghempas tulang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sakit kaki ditikam tunggul,Tunggul kecil di tengah huma;Sakit hati pandangkan sanggul,Sanggul kecil berisi bunga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Besar geliga di Goa Batu,Anak kongkang lalu di kolam;Jangan diharap kepada satu,Baiklah dua dapat dibaham.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Selangat ikan bertulang,Belah belakang ambil hatinya;Kus semangat tuan seorang,Balik belakang ada gantinya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Perahu bercorong kapal api,Lalu di tepi susur daratan;Asal burung tentu mahu padi,Kalau tak padi apa nak makan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Muat padi di ujung tanjung,Masuk di tepi ara sempadan;Maksud di hati akhir menanggung,Hampir lah habis jiwa di badan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Limau manis dari Daik,Kirim orang pergi seberang;Mulut manis budi pun baik,Sampai mati dikenang orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Seekor jalak melawan pilas,Dalam gelanggang bunuh sebelas;Ibarat dawat dengan kertas,Mana boleh renggang terlepas?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Teritip tiram tergantung,Samba-menyambar si anak pari;Buah hati pengarang jantung,Hilang di mana kakanda nak cari?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terang bulan di dalam paya,Sarang penyengat di dalam padi;Adakah orang semacam saya,Menaruh kiamat di dalam hari?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Motivasi

Sudah jeling jangan dijiluat,Hati marah sabar dahulu;Mata juling serong melihat,Jauh bertentang tidak tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Rentaskan rumput sambil lalu;Kalau ya kasihkan kami,Ambilkan umbut dalam batu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berjemur pagi hari,Berjumpa landak di tengah hutan;Kalau ada umurku lagi,Apa kehendak saya tunaikan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kalau roboh Kota Melaka,papan di Jawa hamba dirikan;Kalau sungguh bagai dikata,badan dan jiwa hamba serahkan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Dari Melaka ke bukit Sanjuang,Nampak dari Tanjung Jati;Ada orang pandang wang,Saya seorang pandang budi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Perahu si Dolah dari seberang,Patah kemudi di laut angkasa;Permula diminta anak dagang,Pertama budi dengan basa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak raja beradu kahaman,Dari Palembang lalu ke Jawa;Banyak darjah kudup di taman,Bunga kembang ditunggu dewa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Mari dialas dengan kertas;Kalau ya kasihkan kami,Carikan buah jatuh ke atas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)