Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Kasih & CintaAgama

Bagaimana tidak ditebang?Pucuknya pauh selasih jambi;Bagaimana tidak dikinang?Dagang jauh kasihkan kami.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Bakar menggetah punai,Punai sepasang rnengirai bulu;Berapa deras arus di sungai,Berjumpa pasang mudik ke hulu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cik hassan pergi ke kelang,Berhenti di kebun barang semalam;Sampan golek tak tahan gelombang,Dihempas ombak terkaram.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ditanam orang dalam kota,Mari dibuat raksi kain;Hati di dalam sangat bercinta,Rasanya tidak pada yang lain.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Gelatik di atas kota,Hinggap dipucuk mayang kelapa;Sudah nasib apa nak kata,Untung melayang malang menimpa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pelanduk di atas batu,Sedang makan taruk keledek;Adik duduk singkapkan baju,Saya menengok panau di tetek.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tarik beliung menebang kempas,Masuk ke dalam tiga jari;Mencium menukar nafas,Harumnya sampai tujuh hari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bukannya jala saya jalakan,Ikan di bawah setambun tulang;Bukannya daya saya dayakan,Tuan di bawah maalum orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pontianak kukunya panjang,Garu di papan mengaris orang;Kerana rindu sehari tak pandang,Roh di badan habis terbang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Nasihat

Aceh berperang ke Bangkahulu,Seri Paduka panglimanya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tunggang kuda tana seberang,Sampai di padang lalu berpusing;Pohon tak tentu cabang carang,Dahan tunjang menjadi ranting.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi ke kebun memotong jerami,Beri makan kuda benggala;Menitik embun di liang bumi,Tidak kusangka menjadi geliga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Patah gala buat menjemur,Buat menyuci tepi perigi;Jikalau Allah panjangkan umur,Belum mati bertemu lagi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tingkah jalan terayap-rayap,Kena pula songkok ketayap;Laksana burung terkelepik sayap,Kerja nak buat menjadi giap.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari Semarang pergi ke Geresek,Orang menambang dengan perahu;Tuah ayam tengok di sisik,Tuah manusia siapa tahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Burung tuju suara sembilan,Terbang hinggap ranting patah;Guntur berbunyi dalam awan,Hujan lebat bumi tak basah.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Melayu seberang membawa kelapa,Layar kain bergulung-gulung;Sungguh seorang tidak kenapa,Ada yang lain datang menolong.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Buah kedekak dari Bugis,Anak murai terlata lata;Kalau tidak tangan menulis,Surat yang mana boleh berkata.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Menuah berlari memanjat kayu,Sayur umbut dari seberang;Kumbang terbang bunganya layu,Setitik embun membawa kembang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Agama

Tanam nyiur di tepi pantai,Terong perat di lorong jalan;Di dunia niat tak sampai,Di akhirat bertanggungan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cek kadir tukang lelang,Lelang mari berkodi kain;Kasih jangan muda dibuang,Takut payah berganti lain.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Encik Said dua beradik,Ambil rebung di tepi pantai;Ada pengait penjolok pendek,Di hujung-hujung jolok tak sampai.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Tengah hati mata berpenar,Kelip-kelau kelihatan merah;Kalau tak mahu bilanglah benar,Jangan menunjuk banyak olah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak angsa tepi perigi,Beri makan hantar dedak;Sungguh biasa rumah sendiri,Jikalau buta terhantuk jugak.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kelapa berbuah di tepi paya,Membawa jual di hujung tanjung;Berapa banyak budi saya,Membuat susah diri menanggung.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kuda di sini kepalanya tunduk,Dipacu orang ke Inderagiri;Sehari semalam dalam teluk,Baru nakhoda dayung sendiri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pinang tua beraga-raga,Pinang muda bertemu hati;Orang tua mengada-ngada,Orang muda apatah lagi?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak siapa bermain mayang,Bahunya tersangkut selendang;Tuan seorang kasih ku sayang,Tidak jemu mata memandang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Orang di hulu membawa rusa,Rusa di bawa sepanjang jalan;Janganlah ibu menanggung susah,Anak buah rasa nak telan.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Tiup serunai pukul gendang,Kitab baca dalam istana;Tuan bagai bulan terang,Cahaya memancar kemana-mana.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Kasih & Cinta

Pulut dijual encik alang,Sayang kedundung di dalam kebun;Saya umpama rumput di padang,Harap menanti airnya embun.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain putih panjang sehasta,Gunting cukup satu jengkal;Terlebih dulu sudah periksa,Saya tidak jadi menyesal.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Jikalau tuan hendak ke jambi,Ambil cik tahir juru batunya;Jikalau tuan hendakan kami,Bakarlah air ambil abunya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Sayang pisang tiada berjantung,Bunga ke luar dalam kelopak;Penat sangat ibu mengandung,Kelak ke mana ibu tercampak?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa bergaduh di kampung cina,Orang bercemat di sawah padi;Sungguh jauh tidak ke mana,Semangat berulang datang ke mari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kain putih koyak di tengah,Pakaian anak datuk penghulu;Sedang kasih dapat fitnah,Biar saya berundur dahulu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Nasihat

Ada suatu orang Habsyi,Belanda mabuk dua serupa;Cakap jangan tuan habisi,Sehelai rambut tinggalkan juga.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Batang pulai di dalam hutan,Batang remnia di kerat kerat;Terlanjur kasai kepada tuan,Dari dunia sampai akhirat.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Masuk ke hutan memotong kayu,Hendak pagar jambatan papan;Saya umpama sirih yang layu,Sekat sudi baharu dimakan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Embok ayu baik mimpinya,Mimpi gunting tangan baju;Pokok kayu sama tingginya,Tempat di mana angin nak lalu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Daun nanas daun nangka,Mana boleh berlipat lipat;Tuan emas saya tembaga,Mana boleh berdekat dekat.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kahwin & Merisik

Berbuah durian daun,Berbuah di hulu sungai;Hendak nikah kepala tahun,Nantikan apa lepas menuai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ikan sepat mudik ke hulu,Lumba-lumba mudik sekawan;Sudahlah niat dari dahulu,Minta perhamba kepada tuan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam berkokok terbang ke bumi,Itulah biring lebih bulunya;Pokok garu kayu yang wangi,Ditiup angin timbul bahunya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kucing kurus meniup api,Api ditiup tidak menyala;Kurus kering tahankan hati,Hati tidak menurut kata.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Mari kita menimba danau,Ditimba dalam perahu;Mari kita bertukar panau,Bertukar kain orang kan tahu,

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang menjala di tepi pantai,Jumpa kongkang melata tidur;Jikalau bunga bukan setangkai,Jikalau kumbang bukan seekor.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tiup suling di kebun bunga,Tiup sampai di kebun serai;Apa diharap harta dunia,Nyawa di badan lagi bercerai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Gula batu isi keranjang,Mari taruh dalam kedai;Laksana hantu tak berjinjang,Hanyut merata segenap pantai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik pah pergi ke hulu,Singgah bersunting bunga sena;Saya umpama terumpah kayu,Musim lecah baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun satu,Mati seekor habis sudah;Hendak menuju ke gedung batu,Jual barang harga yang murah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah padi isi di dulang,Bawa pulang ke rumah raja;Buah hati kekasih orang,Kita menumpang sia-sia sahaja.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak Serani gila menyabung,Menyabung mari di tanah rata;Habis dicari segenap tanjung,Unggas di taman Indrawata.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pecah layar ribut berpalu,Terbang pipit masuk ke kota;Biar kita jaga dahulu,Mahu terkena nasib kita.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Tatkala perang negeri Burma,Habislah kera memanjat kayu;Belum-belum lahir di dunia,Suratan sudah terlebih dahulu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke laut,Carikan saya ketam betina;Kalau tuan menjadi rambut,Saya menjadi bunga cina.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah patah dahan mengkudu,Sementung makanan enggang;Saya menggetah burung lalu,Untung-untung dapat dipigang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raja Rom keluar ke pekan,Panggil segala anak buahnya;Antara belum baik dipetikkan,Kalau dah busuk apa gunanya.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Awan naik berkaki-kaki,Terbit bulan matahari mati;Kalau dapat bagi di hati,Sikit tak hendak bertukar ganti.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Di dalam dinding papan,Di darat dinding upeh;Berkaul beranak jantan,Ke mana disuruh sebarang boleh.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)