Pantun Pelbagai: Kuda di sini kepalanya tunduk
Kuda di sini kepalanya tunduk,
Dipacu orang ke Inderagiri;
Sehari semalam dalam teluk,
Baru nakhoda dayung sendiri.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Kuda di sini kepala nya tundok,
Di pachu orang ke Indra giri;
Sari semalam dalam telok,
Bharu nakhoda dayong sendiri.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kuda di sini kepalanya tunduk | a | 11 suku |
| Dipacu orang ke Inderagiri | b | 11 suku |
| Sehari semalam dalam teluk | a | 10 suku |
| Baru nakhoda dayung sendiri | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.