Pantun Pelbagai: Terbang burung mengirai bulu
Terbang burung mengirai bulu,
Burung punai di atas gala;
Selama tidak hujan di hulu,
Bertambah masin air di kuala.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Terbang burong mengireh bulu,
Burong punai di atas gala;
Slama tidak hujan di hulu,
Bertambah masin ayer di kuala.
Versi lain pantun ini
Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.
Terbang burung mengirai bulu,
Burung gagak di atas gala;
Selama tidak hujan di hulu,
Bertambah masin air kuala.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Terbang burung mengirai bulu | a | 9 suku |
| Burung punai di atas gala | b | 9 suku |
| Selama tidak hujan di hulu | a | 10 suku |
| Bertambah masin air di kuala | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.