Pantun Pelbagai: Jikalau tuan pergi Melaka
Jikalau tuan pergi Melaka,
Pesankan saya jarum sekodi;
Baru kenal belum biasa,
Cuba-cuba taburkan budi.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Jikalau tuan pergi Malacca,
Pesan-kan saya jarom sekodi;
Bahru 'kenal belom biasa,
Chobak-chobak tabor-kan budi.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Jikalau tuan pergi Melaka | a | 10 suku |
| Pesankan saya jarum sekodi | b | 10 suku |
| Baru kenal belum biasa | a | 9 suku |
| Cuba-cuba taburkan budi | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.