Pantun Pelbagai: Orang mengintai di celak bedai
Orang mengintai di celak bedai,
Pintu mengadap tengah jalan;
Inginku petik bunga setangkai,
Takutkan rosak bunga sedahan.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan. Ejaan moden itu dijana secara automatik (AI) dan mungkin mengandungi kesilapan kecil; ejaan asal Baba inilah teks yang sahih.
Orang mengintay di chelak bedai,
Pintu mengadap tenga jalan;
Inginku petek bunga sa-tangkai,
Takot kan rosak bunga sa-dahan.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang mengintai di celak bedai | a | 10 suku |
| Pintu mengadap tengah jalan | b | 9 suku |
| Inginku petik bunga setangkai | a | 10 suku |
| Takutkan rosak bunga sedahan | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.