Pantun Pelbagai: Limau manis condong ke paya
Limau manis condong ke paya,
Boleh buat samperan kain;
Mulut manis kepada saya,
Hati kasih pada yang lain.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan. Ejaan moden itu dijana secara automatik (AI) dan mungkin mengandungi kesilapan kecil; ejaan asal Baba inilah teks yang sahih.
Lemo manis chondong ka-paya,
Bolay buat samperan kain;
Mulot manis kapada saya,
Hati kasay pada yang lain.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Limau manis condong ke paya | a | 9 suku |
| Boleh buat samperan kain | b | 9 suku |
| Mulut manis kepada saya | a | 9 suku |
| Hati kasih pada yang lain | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.