Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Pergi ke padang menyuluh semut,Jatuh andang lintang pukang;Tidur telentang tarik selimut,Baharu tahu diri seorang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Che Dollah panglima raja,Masuk berperang negeri Melayu;Sedang dibela sedang dijaga,Sedang di air selalu layu.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Kalau tuan pergi seberang,Bawa padi bercai-cairan;Siapa tahu zaman sekarang,Pagi petang lain pikiran.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Baik langkah, sauh dibungkar,Dayung terkipas, meriam terbakar;Kalau peluru tidak bertukar,Kasihpun tentu tidak sebentar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lipat kain berkemas kemas,Koyak cukin di hujung paku;Sifat kaya laksana emas,Kerana miskin tidak berlaku.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ke laut menabur bijan,Ke darat menabur padi;Hajat hati mengambil intan,Intan di dalam peti besi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cincin emas gelang suasa,Pakai oleh anak raja;Siapa buat dia merasa,Siapa tengok bukan sengaja.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tiup api embun berbalik,Akan pembakar pisang udang;Bantulah adik tolonglah adik,Untuk menarik larangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kumbang terbang keliling kota,Makan rokam buat bertapis;Minta abang bertentang mata,Maka railah jiwaku habis.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kuih bijan kedua dangin,Bawa di kampung orang membeli;Kalau tak hujan dengan angin,Matilah pohon tidak terperi.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tetak kayu di pagi hari,Ambil parang tetak nibung;Sungguh pandai si burung nuri,Manalah sama si burung tiung.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kayuh perahu berdayung pulang,Singgah memetik bunga dedap;Tuan tak mahu berkasih panjang,Di dalam hati tiada kan tetap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padi di sawah rebah berdiri,Ditanam anak Pangkal Rama;Satu di kanan dua di kiri,Tentu tak mahu berjalan sama.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Gunting bunga beribu-ribu,Bawa ke hulu pergi berdagang;Tidak kuasa menanggung rindu,Dari dahulu sampai sekarang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak gagak atas bentongan,Jatuh berdiri daun capa;Sudah teragak peruntungan,Jatuh berderai si air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pegang kemudi ada haluannya,Barat daya jarum panjang;Budi baik apa balasannya,Minta doa umurnya panjang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pergi ke pasar beli ikan,Mahu diisi dalam bakul;Belum berapa saya berikan,Berat sekati serupa sepikul.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Batang rumenia daunnya layu,Gugur melayang dahan perpat;Kalau takut menanggung malu,Barang dilarang jangan dibuat.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau adik tahu ibarat,Apa maana kasih sayang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lagi lebai, lagi berjanggut,Naik ke balai terhinggut-hinggut;Sahaja pak lebai buta perut,Haram halal bubuh di mulut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Murah dibeli terubuk tadi,Mari dicelup asam rembenia;Orang hidup lawannya mati,Harta dunia tinggal di dunia.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Padi merbuk padi di acih,Masak mari dengan pati santan;Biarlah buruk hatinya kasih,Orang cantik tak boleh dimakan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam ponggok ayam kudidik,Terbang ke ladang makan padi;Barang yang buruk jangan dibelik,Silap mata terkena membeli.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Telur itik dalam gelok,Tutup mari dengan baju;Tuju hari kapal di teluk,Kalau tak dayung bilakan laju.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Raja Burma pergi ke Bating,Sampai di rumah memangku puan;Banyak muda sudah dibanding,Tidak sama muda mu tuan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Dari jauh saya datang,Dengarkan tuan baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Takkala perang negeri Cina,Anak keling mati berantai;Seekor kumbang gilakan bunga,Lalu dia mati dibawa tangkai.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Sudah ditilan jangan diluah,Boleh rasa pahit maung;Anak ayam disambar sewah,Tinggal ibunya duduk melengung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari seberang pergi Melaka,Anak Acheh pulang ke Langat;Biar renggang tidak mengapa,Cinta kasih sama teringat.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi;Emas merah memang beharga,Budibahasa sukar dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berasa miang tangan dan siku,Kemuncup penuh kaki seluar;Orang kenyang jangan dijamu,Lauk yang sedap dikatakan tawar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Minyak setitik buat pelita,Letak mari dalam kaca;Jangan berteriak, jangan bercerita,Tahulah orang, matilah saya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Si Langsat anjing pemburu,Rusa sekawan diadangnya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak Melayu mengail ikan,Lalu-lalang di tepi kota;Apa ditemui mesti makan,Itulah nama rezeki kita.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Pokok ru hujung limbungan,Nampak dari Kampung Tengah;Tuan menjadi sirih junjungan,Mana boleh meleser di tanah.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau abang pandai ibarat,Mana runut helang terbang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Panah-memanah Raja Andoman,Panah lalu ke segara.Adinda sepantun syarbat minuman,Sepuluh tahun tak hilang rasa.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak ayam turun satu,Mati seekor habis lalu.Sudah naik di atas batu,Dipukul ombak bertalu-talu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak cina bebaju guntung,Mari dibawa merembah tebu;Mari kita mengadu untung,Cuba menempuh ombak jelebu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun raya di atas bukit,Tempat raja tanam pala;Harap saya bukan sedikit,Sebanyak rambut di atas kepala.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Datuk Kelana orang Linggi,Bersepak raga di tepi kota;Kita tak boleh ke darat sendiri,Hukuman Allah terimalah kita.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pokok ruminia di muka pintu,Dia berbuah lebat sedahan;Kita di dunia memang begitu,Hujan panas mesti ditahan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Rentap dayung tarik dayung,Dayung direntap sebelah kiri;Tuan laksana kemuncak payung,Saya di bawah menjunjung duli.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Hari-hari jalan ke teluk,Tempat orang bakar arang;Lubuk dalam jangan diseluk,Takut terpatuk ular belerang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ayam turun sembilan,Mati seekor tinggal lapan;Di laut pulau sembilan,Di situlah banyak kapal beragan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pecah puan di muka pintu,Anak Turkey jual gula;Jangan tuan kata begitu,Semua rezeki diberi Allah.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Hendak hilir ke pulau lumut,Pulau pandan saya kirikan;Kononlah pula kain selimut,Nyawa di badan saya berikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tempurung dibakar-bakar,Bakar mari budak-budak;Saya bagai burung di sangkar,Kadang makan kadang tidak.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Buah nenas di dalam kandang,Terung perat dua tangkainya;Saya tak cemas di tangan orang,Ada hasrat pengungkainya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rintik-rintik anak kasau,Batang padi kulurut juga;Layar tak lepas hujung pulau,Kuputar kemudi, kuturut juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perahu kakap dari Lingga,Jatuh ke lautan angin utara;Sama mengadap tak kan tak cinta,Biar simpan jangan ketara.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tetak buluh panjang sepuluh,Akan pengapit banir durian;Akan penyambut jari sepuluh,Saya nak naik atas pangkuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Andoman membongkar bukit,Mencari ubat seri rama;Kalau tidak kenang sedikit,Diturutkan mati bersama-sama.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ubur ubur di tengah laut,Pukul ombak jatuh ke tepi;Ibu dihibur hampir nak maut,Menanggung cinta dalam hati.
Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)Lurut selasih di tepi tabir,Selasih datang dari seberang;Kasih tuan di tepi bibir,Tidak terserap ke dalam tulang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pokok nenas di kuala daik,Mari dipetik anak melayu;Tuan umpama teras yang baik,Kalau dibakar makin berbau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah siapa berbelah bumbung?Rumah saya berisi padi;Tunang siapa lalu bertudung?Tunang saya nikah tak jadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung pucung terbang ke bukit,Singgah bersarang di pohon bulang;Hidung dicium pipi digigit,Membuat bekal abang nak pulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam ros di tepi telaga,Kembang ros kembang mawar;Laksana tuan air geliga,Racun diminum jadi penawar.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Anak punai anak merbah,Sambil terbang membawa sarang;Anak sungai lagi berubah,Kononlah pula hatinya orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)