← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Sayur labu tumis hangit

Pelbagai Klasik

Sayur labu tumis hangit,

Beri makan orang seberang;

Ratus ribu bintang di langit,

Bulan juga membuat terang.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.

Sayor labu tumis hanggit,

Beri makan orang sebrang;

Ratus ribu bintang di-langit,

Bulan jugak membuat terang.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Sayur labu tumis hangit a 8 suku
Beri makan orang seberang b 9 suku
Ratus ribu bintang di langit a 9 suku
Bulan juga membuat terang b 9 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa