Koleksi · Peribahasa & Maksud untuk Karangan
Semua pantun
100 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Peribahasa & Maksud untuk KaranganBerburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun Melayu tradisionalPisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.
Pantun Melayu tradisionalPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisionalAsam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.
Pantun Melayu tradisionalBuah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.
Pantun Melayu tradisionalAnak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.
Pantun Melayu tradisionalBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
Pantun Melayu tradisionalKuda hanuman dari Aceh,Dipacu lalu ke Indragiri;Tuntut ilmu muda yang bisai,Kerana ilmu kenalkan diri.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Kijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Tiga puluh genap bilangan,Buah masak di atas meja;Sudah terlepas dari timbangan,Sekalian umat masuk syurga.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Apa guna berkain batik,kalau tidak dengan sucinya;Apa guna beristeri cantik,kalau tidak dengan budinya.
Wikisource (CC BY-SA)Siakap senohong,gelama ikan duri;Bercakap bohong,lama-lama mencuri.
Wikisource (CC BY-SA)Tenang-tenang air di laut,sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,budi baik rasa nak sanjung.
Wikisource (CC BY-SA)Tingkap papan kayu bersegi,sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,tinggi bangsa kerana bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Ada ubi,ada batas;Ada budi,ada balas.
Wikisource (CC BY-SA)Jalan-jalan ke pasar baru,Jangan lupa beli sagu,Janganlah engkau melawan ibu,Kerana syurga ada di telapak kaki ibu.
Wikisource (CC BY-SA)Jikalau anakku hendak beristeri,Empat perkara hendak kau cahari,Supaya rumahmu kelak berseri,Sahabat handai suka kemari.
Wikisource (CC BY-SA)Pertama orang yang berbangsa,Keduanya ada ribu dan laksa,Ketiga menjelas dan manis muka,Keempat ada budi dan bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Jikalau tidak salah suatu,Jangan kau ambil perempuan begitu,Sahabat pun tidak mahu ke situ,Duduklah engkau seperti hantu.
Wikisource (CC BY-SA)Sungguhpun bijak orang sekarang,Ilmunya banyak fahamnya kurang,Bintang di langit dapat dibilang,Tidak sedar mukanya harang.
Wikisource (CC BY-SA)Anak ayam turun sembilan,Mati satu tinggal delapan,Ilmu boleh sedikit ketinggalan,Tapi jangan sampai putus harapan.
Wikisource (CC BY-SA)Saya tidak pandai menari,Sebarang tari saya tarikan;Saya tidak pandai menyanyi,Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pilih-pilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Pilih-pilih tempat menjadi,Pertama elok kedua pandai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pertama teluk kedua pantai,Ketiga dengan jamban di hulu;Pertama elok kedua pandai,Ketiga baik bangsa penghulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana berempat di atas pentas,Cukup berlima dengan gurunya;Bagailah dawat dengan kertas,Sudah berjumpa dengan jodohnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jikalau sungguh bulan purnama,Mengapa tidak di pagar bintang?Jikalau sungguh tuan bijaksana,Mengapa tidak dapat ditentang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bulunya jatuh ke petani,Dua puluh anak merpati;Tiada sama mudaku ini,Sungguh pandai memujuk hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pandai menyimpai,Cubalah simpai taruk bertorang;Kalau tuan pandai mengungkai,Cubalah ungkai di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunyi guruh di tanjung tuan,Bunyi melantas ke selayang;Jika terjamah benda bertuan,Alamat nyawa akan melayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ikan dimakan ikan,Tulang jangan dilonggokkan;Pandai makan pandai menyimpan,Rahsia jangan ditunjukkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih makan tembakau,Urat kapis di tengah jalan;Kasih laksana main pakau,Pandai melapis daun sembilan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau adik pandai menorang,Cobalah torang pinang di parit;Kalau adik pandai membilang,Cobalah bilang bintang di langit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung lang terbang berdirit,Pandai menyambar ikan sepat;Tuan laksana bunga di bukit,Cantik bagai kuntum selimpat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik si maalim lembut,Seekor belajar makan nasi;Embun setitik menjadi laut,Akan penghapus gunung langsi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Guruh berbunyi sayup-sayup,Orang di bumi semua bimbang;Jikalau ada angin bertiup,Adakah bunga sudi kembang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Unggas bukan, centayu bukan,Kiranya daun selara tebu;Acih bukan, melayu bukan,Pandai amat bermain semu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pergi ke deli,Bawa gula satu tempayan;Kalau pandai membawa diri,Di mana jatuh orang kasihan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik tanguk duduk berkedai,Ia pandai berjual beli;Sudah meremuk rupanya murai,Hampir mengena umbun tali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pandai bertenun kain di acih,Batang torak saya hempaskan;Kerana sebab cenderawasih,Merak emas saya lepaskan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pasang getah di atas atap,Dipasang empat penjuru;Tidak dapat burung ditangkap,Saya hanyut petua guru.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menyalak anjing perburu,Menyalak dan berkinja-kinja;Jika ada petua guru,Jangan dibawa tidur sahaja.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Peluru petunang peluru berjampi,Tembak tak boleh mungkir lagi;Petua guru kalau dipilajari,Peluru mengharung mencari sendiri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik siti pandai menempa,Tempa keris raja di situl;Saya umpama padi yang hampa,Buang di air semuanya timbul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok kerekup tepi penjuru,Sayang buah lebat di dahan;Sudah cukup mengadap guru,Berani saya masuk di medan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lembu siapa tambat di pagar?Lembu raja putus tali;Guru mana tuan belajar?Boleh mengadap sekali lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak siam berbaju siam,Pandai gunting bunga kecubung;Sungguh nampak duduk diam,Laksana gunting makan hujung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padang temu padang baiduri,Tempat raja membangun kota;Bijak bertemu dengan jauhari,Bagai cincin dengan permata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail perahu payar,Dapat seekor ikan kepiting;Kata tuan pandai belayar!Mengapa terkandas di atas beting?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Angkut-angkut terbang ke langit,Sampai ke langit membuat sarang;Mulut busuk ketiak hangit,Pandai meminang kekasih orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah rungkup, hujan tempias,Basah kuyup kain sutera;Kalau janda, pandai berhias,Terlebih pada anak dara.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah jeling jangan dijiluat,Hati marah sabar dahulu;Mata juling serong melihat,Jauh bertentang tidak tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kayu ditikam rabit bibir,Budak-budak bermain sagur;Penyu pandai kimbah pasir,Hendak menghilang bekas bertelur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sekali-kali tiada disangka,Semang dan hudai pandai seloka;Apatah lagi kera dan ungka,Bertandak menari bersuka-suka?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itulah tanda hampir meerat,Semang di hutan pandai menyurat;Bayan pandai membaca surat,Timur beralih sebelah barat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Centayu burung centayu,Terbang ke laut hinggap di batu;Cemperling nak jadi bayu,Kekura pandai nak panjat kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berjorong serupanya puan,Berkeris serupanya pedang;Bijaksana rupanya tuan,Bersembunyi di tengah orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pandai pelihara anak itik,Gelisik bulu jantan betina;Emas kertas jangan dititik,Kalau penyek tiada berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak cina pandai menyurat,Hati di dalam sangat gelurat;Saya umpama perahu yang sarat,Entah ke timur entah ke barat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk di tepi pantai,Masuk ke bendang makan padi;Biar buruk kain dipakai,Asalkan pandai mengambil hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau abang pandai ibarat,Mana runut helang terbang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lain hulu, lain parang,Sayang gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Masak nasi, potong kerbau,Hendak dijamu raja Berunai;Orang diam dikata bodoh,Sebagai ombak tutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kumbang terbang keliling kota,Makan ruam sepohon habis;Adinda jangan bimbang tak suka,Ambil keris tikam sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Baik-baik tuan mengikat;Anak balam terbang tinggi;Baik-baik tuan menyurat,Kalam jangan buat penyugi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu Haji Tambi,Berjumpa kolam turun mandi;Baik-baik tuan menulis,Kalam jangan buat penyugi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Aceh berperang ke Bangkahulu,Seri Paduka panglimanya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Si Langsat anjing pemburu,Rusa sekawan diadangnya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak Melayu pakai selendang,Singgah petik buah delima;Harimau mati tinggalkan belang,Orang mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922); juga dalam Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Datuk Japar anak Temenggung,Lalu masuk di hujung lorong;Kalau lapar makankan jagung,Jagung jangan katakan rebung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Enche Japar mudik menyabung,Ayam kelabu disangka tedung;Kalau lapar makankan jagung,Bambu jangan disangka rebung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Serindit digonggong lang,Jatuh ke longgok Indragiri,Sudah terselit di kampung orang,Baik-baik membawa diri.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buluh perindu di atas atap,Hendak dibuat bambu joran;Kalau rindu jangan meratap,Siapa lalu baik dipesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buluh perindu di atas atap,Anak itik ampas-ampaskan;Jikalau rindu jangan meratap,Siapa lalu tuan pesankan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buah beludu buah keledang,Besar gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Cenderawasih burung kayangan,Singgah hinggap di pauh janggi;Kalau kasih alang-alangan,Baik tak usah sekali-kali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu orang Habsyi,Belanda mabuk dua serupa;Cakap jangan tuan habisi,Sehelai rambut tinggalkan juga.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari Gangsa pergi ke Kubung,Singgah ke Tualang merentang tali;Putus benang boleh disambung,Patah arang putus sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari sana pergi ke sini,Masuk ke dalam turun kain;Bacang jangan disangka kuini,Kulitnya sama, rasanya lain.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Orang Daik bermain judi,Awan di mega jadi tudungnya;Memang tak baik orang pendengki,Akhir sendiri juga menanggungnya.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Awan di mega jadi tudungnya,Sarang pipit di dalam negeri;Sendiri juga yang menanggungnya,Hendaklah ingat kemudian hari.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Siamang kusangka Zanggi,Mati dibunuh hulubalang tua;Memang tak baik orang pendengki,Badan sendiri ia kecewa.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Mati dibunuh hulubalang tua,Jatuh di sisi pada pangkalan;Akhir sendiri jua kecewa,Maksud tak sampai jadi kembalan.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Kayu udik dekat desa,Dihinggapi oleh si burung lang;Orang arif lagi berbangsa,Baiklah segera kembali pulang.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Anak hantu empat saudara,Sama ilmu sama teladannya;Hati sungguh tiada ketara,Minta bertemu ruas badannya.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Buah kelerak buah kedangsi,Letak mari dalam dulang;Syurga dipandang asyik ditangisi,Mahu masuk ilmunya kurang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Orang berkubu anak-beranak,Bawa kulit masuk Melaka;Tuntut ilmu banyak-banyak,Buat mendinding api neraka.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan lada;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tidak kepala.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau tuan tombak renchana,Ambil gantang sukatkan pulut;Kalau tuan bijaksana,Apa binarang tidak berperut.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Adik kakak sahabat handai,Mari balik ke tempatnya;Apa bijak apa pandai,Dirinya baik itu gunanya.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukat pula;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tiada kepala. (10 J.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan pulut;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tiada berperut. (10 J.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Anak Melaka menjual rokok,Lalu di Jasin bawa ke hulu;Kuda bertengkar mahu bertepuk,Baru rajin jalan selalu.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan padi;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang bertanduk kaki?.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan lada;Kalau tuan bijaksana,Apa benda tanduk di dada?.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)