Gurindam Dua Belas

Fasal 11: Berjasa dan Memegang Amanah

Berjasa kepada bangsa, memegang amanah dan menjadi pemimpin yang baik.

Hendaklah berjasa, kepada yang sebangsa.

Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela.

Hendaklah memegang amanat, buanglah khianat.

Hendak marah, dahulukan hujjah.

Hendak dimalui, jangan memalui.

Hendak ramai, murahkan perangai.

Sumber: Raja Ali Haji, Gurindam Dua Belas (1847) · Domain awam. Teks Rumi daripada Wikisumber (CC BY-SA).