Fasal 12: Pemimpin dan Rakyat
Tanggungjawab raja, menteri dan rakyat; ingat mati dan akhirat.
Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.
Sumber: Raja Ali Haji, Gurindam Dua Belas (1847) · Domain awam. Teks Rumi daripada Wikisumber (CC BY-SA).