Gurindam Dua Belas

Fasal 10: Kewajipan terhadap Ibu Bapa dan Anak

Adab terhadap bapa, ibu, dan tanggungjawab terhadap anak.

Dengan bapa jangan durhaka, supaya Allah tidak murka.

Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat.

Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai.

Dengan isteri dan gundik janganlah alpa, supaya kemaluan jangan menerpa.

Dengan kawan hendaklah adil, supaya tangannya jadi kafill.

Sumber: Raja Ali Haji, Gurindam Dua Belas (1847) · Domain awam. Teks Rumi daripada Wikisumber (CC BY-SA).