← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Tiba di pasar tawar-menawar

Pelbagai Klasik

Tiba di pasar tawar-menawar,

Beli pula asam rumenia;

Bila hidup mesti sabar,

Tarik nafas tinggalkan dunia.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.

Tiba ka pasar tawar menawar,

Bli pulak asam remnia;

Bila hidop misti sabra,

Tarek napas tinggal-kan dunia.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Versi lain pantun ini

Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.

Tiba ke pasar tawar menawar,

Beli pula asam remunia;

Bila hidup mesti sabar,

Tarik nafas tinggalkan dunia.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922) · didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Tiba di pasar tawar-menawar a 10 suku
Beli pula asam rumenia b 10 suku
Bila hidup mesti sabar a 8 suku
Tarik nafas tinggalkan dunia b 10 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa