Pantun Pelbagai: Buah cempedak di hutan duri
Buah cempedak di hutan duri,
Jatuh sebiji dimakan ulat;
Jikalau tiada bahasa dan budi,
Apa guna kaya berdaulat.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Buah chempedak di hutan duri,
Jatoh sebijik di makan ulat;
Jikalau tidak bahasa dan budi,
Apa guna kaya berdaulat.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Buah cempedak di hutan duri | a | 10 suku |
| Jatuh sebiji dimakan ulat | b | 10 suku |
| Jikalau tiada bahasa dan budi | a | 12 suku |
| Apa guna kaya berdaulat | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.