Koleksi · Pantun Penutup Majlis
Semua pantun
48 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun Penutup MajlisPisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.
Pantun Melayu tradisionalPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Pantun Melayu tradisionalYang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.
Pantun Melayu tradisionalMasak sebutir di atas peti,buah menalu dari hulu;Hutang budi bekal mati,hutang malu dibayar malu.
Wikisource (CC BY-SA)Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Teritip tiram tergantung,Limau manis banyak bijinya;Pilih-pilih muda sekampung,Hitam manis baik budinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak balam terlompat-lompat,Kena duri pada kakinya;Tengah malam bangun bersikat,Adalah budi pada hatinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Dari jauh saya datang,Dengarkan tuan baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung kedidi di sambar lang,Bawa naik ke pokok tinggi;Budi tuan mana nak hilang,Sudah mesera di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Banyak orang panjat kelapa,Kelapa dipanjat kebun cina;Budi tiada, hodoh rupa,Kepada orang tiada berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari piapung ke periaman,Singgah menanam ubi keladi;Tinggal kampung tinggal halaman,Tinggal kasih yang baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itulah pulau si keladi,Di balik pulau si keluang;Hilanglah akal kerana budi,Itulah sebab kakanda terbuang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau pandan jauh ke tengah,Di balik pulau angsa dua;Hancurlah badan dikandung tanah,Budi yang baik dikinang jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa benar akan keladinya,Maka ditanam dalam-dalam?Apa benar akan budinya,Maka dikinang siang-malam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebab banyaklah isinya,Maka ditanam dalam-dalam;Sebab banyaklah budinya,Maka dikenang siang-malam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan duri;Sudah terkenang budi yang baik,Jatuh tersimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah masak lebat setandan,Buah selasih ditugalkan;Tengah berbudi datang dugaan,Tengah berkasih ditinggalkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak gajah di batu monggok,Aur duri arai-jemarai;Cerdik lang bingunglah ponggok,Kedapatan budi burung murai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Budak-budak sabung keridik,Mari bersabung di atas kota;Terlangsung perahu boleh balik,Terlangsung budi orang mengata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung serindit terbang melayang,Singgah hinggap ranting jarang;Duit ringgit dipandang orang,Budi bahasa jarang dipandang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung serindit terbang melayang,Mari hinggap di ranting mati;Bukan ringgit pandangan orang,Budi bahasa tangkaian hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik matinya lemas,Makan lenggundi bukit askin;Hilanglah bahasa kerana emas,Tak tampak budi kerana miskin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak merak di kampung cina,Cari makan kepala titi;Emas perak kebesaran dunia,Budi yang baik membawa mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Penatlah saya menanam padi,Nenas juga ditanam orang;Penatlah saya menanam budi,Emas juga dipandang orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi;Saya tidak memandang emas,Budi bahasa yang saya cari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik berenang balik,Menyelam takutkan lemas;Kalau ada budi yang baik,Saya tidak memandang emas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang emas bawa ke bentan,Masak sebiji di atas panggung;Hutang emas berganti intan,Hutang budi badan menanggung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari panas helang berlegar,Ayam terkurung di dalam reban;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi gunung terbeban.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam lenggudi tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati;Budi tuan saya tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di kuala daik;Budi jahat lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bukan tanah menjadi padi,Kalau jadi hampa melayang;Bukan bangsa menanam budi,Kalau tanam cuma terbuang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi;Emas merah memang beharga,Budibahasa sukar dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal belayar dari arakan,Ambil gaji jadi jemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berbelok di tanjung beringin,Kemudi patah dilentur;Elok orang hati tak ingin,Budi bahasa hatiku hancur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih berpipang tidak,Pinang ada dari melaka;Makan sirih mengenyang tidak,Tegal di budi dengan bahasa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Zaman tatkala raja di Kelang,Tali diukur dengan gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Sudah serap di dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kalau kerja raja di Kelang,Pakai kebaya sama gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Berserap sampai ke dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari pauh singgah pematang,Singgah merapat papan kemudi;Dari jauh sahaya datang,Karena tuan baik budi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak Melayu pakai selendang,Singgah petik buah delima;Harimau mati tinggalkan belang,Orang mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922); juga dalam Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Apa melintang rumah Che Judi,Tampak dari pangkalan raja?Puas sudah menghambur budi,Sahaya miskin, dibuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari mana tanam lenggundi?Lenggundi tanam di pintu raja;Cuma sahaya menabur budi,Budi ditabur terbuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Orang Barat pergi mencangkul,Singgah bertetak batang langundi;Barang berat biarku pikul,Saya tak mahu terhutang budi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Kokok ayam hari pun siang,Murai berbunyi pagi hari;Pilunya hati adik nak pulang,Bilakah boleh berjumpa lagi.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Nadir Bugis tolak belayar,Tengah laut patah kemudinya;Hutang budi dapat dibayar,Hutang hati apa gantinya.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)