Fasal 8: Khianat dan Menjaga Lidah
Tentang sifat khianat, aniaya terhadap diri, dan bahaya lidah.
Barang siapa khianat akan dirinya, apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya, orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya, daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar, biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan, kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka, keaiban diri hendaklah sangka.
Sumber: Raja Ali Haji, Gurindam Dua Belas (1847) · Domain awam. Teks Rumi daripada Wikisumber (CC BY-SA).