← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Tanam selasih tanam jemuju

Pelbagai Klasik

Tanam selasih tanam jemuju,

Tanam mari tepi sempadan;

Jikalau dapat kasih setuju,

Bagai nyawa pulang ke badan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.

Tanam selaseh tanam jemuju,

Tanam mari tepi sempadan;

Jikalau dapat kaseh setuju,

Sebagai nyawa pulang ke badan.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Versi lain pantun ini

Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.

Tanam selasih tanam jeluju,

Tanam mari tepi sempadan;

Kalau dapat kasih setuju,

Sebagai nyawa pulang di badan.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950) · didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Tanam selasih tanam jemuju a 10 suku
Tanam mari tepi sempadan b 9 suku
Jikalau dapat kasih setuju a 10 suku
Bagai nyawa pulang ke badan b 9 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa