Pantun Pelbagai: Sayur lobak baru dicabut
Sayur lobak baru dicabut,
Dibawa orang pergi ke kedai;
Besar ombak di tengah laut,
Porak peranda perahu di pantai.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Sayor lobak bahru di-chabot,
Di –bawak orang pergi ka keday;
Besar ombak di-tengga laot,
Purak peranda perau di-pantay.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Sayur lobak baru dicabut | a | 9 suku |
| Dibawa orang pergi ke kedai | b | 10 suku |
| Besar ombak di tengah laut | a | 9 suku |
| Porak peranda perahu di pantai | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.