Pantun Pelbagai: Rumenia disangka kundangan
Rumenia disangka kundangan,
Ambil jantung bungkus kapas;
Hidup di dunia sedang-sedangan,
Jiwa tergantung di hujung nafas.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Remnia di sangka kundangan,
Amek jantong bungkus kapas;
Hidop di dunia sedang-sedangan,
Jiwa bergantong di ujong napas.
Versi lain pantun ini
Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.
Rumenia sangka kudangan,
Ambil jantung bungkus kapas;
Hidup dunia sedang sedangan,
Jiwa bergantung di hujung napas.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Rumenia disangka kundangan | a | 10 suku |
| Ambil jantung bungkus kapas | b | 8 suku |
| Hidup di dunia sedang-sedangan | a | 11 suku |
| Jiwa tergantung di hujung nafas | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.