Pantun Pelbagai: Patah tongkat di tepi serambi
Patah tongkat di tepi serambi,
Patah dirembat tiang belakang;
Kalau berkat Allah beri,
Pintu tertutup rezeki datang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Patah tongkat di tepi srambi,
Patah di rembat tiang blakang;
Kalu berkat Allah membri,
Pintu tertutop jerki datang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Patah tongkat di tepi serambi | a | 10 suku |
| Patah dirembat tiang belakang | b | 10 suku |
| Kalau berkat Allah beri | a | 8 suku |
| Pintu tertutup rezeki datang | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.