← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Orang perompak di Kuala Muar

Pelbagai Klasik

Orang perompak di Kuala Muar,

Duduk menunggu tepi keramat;

Jikalau jumpa guru yang benar,

Apa pelajaran lekaslah tamat.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.

Orang prompak di kuala Muar,

Dudok menunggu tepi kramat;

Jikalu jumpa guru yang benar,

Apa plajaran lekas-lah tamat.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Orang perompak di Kuala Muar a 11 suku
Duduk menunggu tepi keramat b 10 suku
Jikalau jumpa guru yang benar a 10 suku
Apa pelajaran lekaslah tamat b 11 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa