Pantun Pelbagai: Orang berkawan dari Patani
Orang berkawan dari Patani,
Berhenti di kuala tenang surut;
Dari awan tiba ke bumi,
Cari ara kenyangkan perut.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Orang berkawan dari patani,
Brenti di kuala tenang surut;
Dari awan tiba ka-bumi,
Mencharik ara kenyang kan prot.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang berkawan dari Patani | a | 10 suku |
| Berhenti di kuala tenang surut | b | 11 suku |
| Dari awan tiba ke bumi | a | 9 suku |
| Cari ara kenyangkan perut | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.