Pantun Pelbagai: Minum kopi campur susu
Minum kopi campur susu,
Kacau mari dengan gula;
Jangan diikut hawa nafsu,
Tidak mati separuh gila.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Minum kopi berchampor susu,
Kacho mari dengan gula;
Jangan di turot hawa-napsu,
Tidak mati sparoh gila.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Minum kopi campur susu | a | 8 suku |
| Kacau mari dengan gula | b | 8 suku |
| Jangan diikut hawa nafsu | a | 9 suku |
| Tidak mati separuh gila | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.