Pantun Pelbagai: Mahu seberang pergi Surabaya
Mahu seberang pergi Surabaya,
Bawa remis dalam dulang;
Tiada orang seperti saya,
Duduk ramai mengerang seorang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Mau sebrang pergi soerabaya,
Bawak remis dalam dulang;
Tidak orang sebagi saya,
Dudok ramay mengerang sorang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Mahu seberang pergi Surabaya | a | 11 suku |
| Bawa remis dalam dulang | b | 8 suku |
| Tiada orang seperti saya | a | 10 suku |
| Duduk ramai mengerang seorang | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.