Pantun Pelbagai: Kayu ditetak batang lenggundi
Kayu ditetak batang lenggundi,
Petik keluar dari seberang;
Suka kita menabur budi,
Barulah boleh dikenang orang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Kayu di tetak batang languid,
Petek keluay deri sebrang;
Sukat kita menabor budi,
Bahru-lah boleh di kenang orang.
Versi lain pantun ini
Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.
Tetak kayu batang langudi,
Petik keloi dari seberang;
Sukat kita menabur budi,
Baru boleh dikenang orang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kayu ditetak batang lenggundi | a | 10 suku |
| Petik keluar dari seberang | b | 10 suku |
| Suka kita menabur budi | a | 9 suku |
| Barulah boleh dikenang orang | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.